Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Para ulama bersepakat bahawa diharuskan untuk mewarnakan rambut yang beruban. Malahan, sebahagian ulama menyatakan perbuatan tersebut adalah lebih afdal berdasarkan hadis-hadis berikut:


Walaupun mewarnakan uban digalakkan, para ulama tidak bersepakat (khilaf) mengenai hukum mewarnakannya dengan warna hitam.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:

Walau bagaimanapun, terdapat sekelompok ulama salaf yang membenarkannya, antaranya Saad bin Abi Waqqas, Uqbah bin Amir, Al-Hasan, Al-Husain, Jarir, dan Ibnu Abu Asim.
Dalam isu ini, dinukilkan keterangan para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji:

Hukum ini bersandarkan hadis daripada Jabir RA, ketika Abu Quhafah (bapa kepada Abu Bakar RA) dibawa menemui Rasulullah SAW pada hari pemukaan kota Makkah dalam keadaan rambutnya putih bak bunga kemboja, lalu Baginda bersabda:

Hujah Mazhab Syafie: Perbuatan menghitamkan uban mengandungi unsur pemalsuan dan mengubah keadaan sebenar (kelihatan muda secara menipu). Adapun warna lain tidak sampai ke tahap penipuan tersebut. Ini adalah pendapat rasmi dalam Mazhab Syafie.
Mazhab Lain: Mazhab Maliki, Hanafi, dan Hanbali menyatakan hukumnya adalah makruh secara umum dan diharuskan semasa perang. Malah Imam Abu Yusuf (Hanafiyyah) mengharuskannya secara mutlak jika tidak melibatkan penipuan.
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam menyebutkan bahawa bagi orang yang tidak setua Abu Quhafah (iaitu orang muda yang mengalami penuaan rambut pramatang), tidak mengapa jikalau dia mewarnakan rambutnya dengan warna hitam untuk mengekalkan penampilan asalnya, selagi mana wajahnya masih kelihatan muda dan tidak melibatkan unsur penipuan.
Bagi meraikan amalan perundangan Islam di Malaysia yang berteraskan Mazhab Syafie, umat Islam dinasihatkan untuk memilih warna selain daripada warna hitam (seperti perang, merah, atau kuning) sekiranya ingin mewarnakan rambut atau menutup uban. Penggunaan produk berasaskan inai semula jadi yang sah solat amat digalakkan.
Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu
Ash Brown
Ash Grey
Burgundy
Caramel Gold
Chocolate Brown
Coco Black
Hazelnut
Honey Brown
Persian Red
Royal Chestnut
Jumlah: RM 0
Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu
Ash Brown
Ash Grey
Burgundy
Caramel Gold
Chocolate Brown
Coco Black
Hazelnut
Honey Brown
Persian Red
Royal Chestnut
Jumlah: RM 0