RM0.00 0

Basket

No products in the cart.

New Product Arrival! Ash Edition (10 Hair Colour)

Mencantikkan Diri Dan Berhias Ketika Berhari Raya Dalam Islam

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang menuruti jejak langkah Baginda hingga ke hari kiamat.

Islam adalah agama yang mencintai keindahan dan kebersihan. Menjelang musim perayaan, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berhias dan memakai pakaian yang indah, terutamanya ketika pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha di masjid.

Tuntutan Berhias Ketika Beribadat

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya:“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf: 31)

Ayat ini bukan sahaja memerintahkan umat Islam secara umum untuk menutup aurat ketika solat, malah penggunaan perkataan ‘perhiasan’ (Zinah) menunjukkan tuntutan agar kita memakai pakaian yang paling indah, bersih, dan cantik ketika menghadap Allah SWT. Tuntutan ini menjadi lebih ditekankan apabila tibanya hari raya.

Sunnah Berpakaian Cantik di Hari Raya

Galakan untuk mencantikkan diri di hari raya jelas terbukti melalui perbuatan Nabi SAW dan para sahabat. Dalam Sahih al-Bukhari, diceritakan bahawa Saidina Umar RA pernah membeli sehelai jubah sutera dari pasar, lalu membawanya kepada Rasulullah SAW seraya berkata:

“Ya Rasulullah, belilah pakaian ini untuk engkau mencantikkan diri dengannya di hari raya dan ketika menyambut perwakilan (tetamu negara).”

Walaupun Nabi SAW menolak pemberian tersebut kerana kain sutera diharamkan bagi lelaki, Baginda sama sekali tidak mengingkari konsep atau niat asal Saidina Umar, iaitu untuk kelihatan cantik dan segak pada hari raya.

Malah, dalam sebuah hadis dengan sanad yang hasan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس يوم العيد بردة حمراء

Maksudnya: “Baginda Nabi SAW memakai pakaian (burdah) berwarna merah ketika hari raya.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat)

Ibnul Qayyim turut menjelaskan tentang kebiasaan pemakaian Baginda:

“Rasulullah SAW mempunyai pakaian khusus yang dipakai ketika dua hari raya dan pada hari Jumaat. Adakalanya Baginda memakai dua lapis pakaian berwarna hijau, dan adakalanya burdah berwarna merah.”

Hal ini turut dicontohi oleh para sahabat. Diriwayatkan dalam sebuah athar yang sahih tentang Saidina Ibnu Umar RA:

أنَّ ابنَ عمرَ كانَ يلبسُ في العيدينِ أحسنَ ثيابِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Ibnu Umar memakai sebaik-baik pakaiannya ketika dua hari raya.” (Riwayat al-Baihaqi: 6212)

Adab dan Tatacara Berhias Menurut Ulama

Menjelaskan lebih lanjut tentang adab berhari raya, Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari menyebut:

“(Dan digalakkan berhias) untuk hari raya bagi setiap orang yang hadir mahupun yang tidak hadir (ke solat raya), kecuali jemaah haji. Dan digalakkan (memakai wangian) iaitu wangian terbaik yang dimilikinya. Serta (menjaga kebersihan) dengan menghilangkan bulu (yang perlu dicukur), memotong kuku, dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. (Pemakaian baju adalah seperti hari Jumaat) maka pakailah pakaian yang paling elok dan yang paling afdal adalah warna putih.” (Rujuk: Asna al-Matalib, 3/429)

Menjaga Kekemasan Diri & Mewarnakan Uban

Selain daripada mengenakan pakaian yang cantik, wangian, dan memotong kuku, penjagaan kekemasan mahkota diri (rambut) juga amat digalakkan dalam Islam, terutamanya bagi mereka yang sudah beruban.

Nabi SAW amat menggalakkan agar uban diwarnakan untuk kelihatan lebih segar dan kemas (selain warna hitam). Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA:

غَيِّرُوا الشَّيْبَ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban dan jangan menyerupai orang Yahudi.” (Riwayat al-Tirmizi: 1752)

Begitu juga dalam riwayat yang lain:

إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى لاَ يَصْبُغُونَ، فَخَالِفُوهُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut. Justeru, hendaklah kamu berlainan daripada mereka.” (Riwayat al-Bukhari: 5559 dan Muslim: 2103)

Kesimpulan

Meraikan hari raya bukanlah sekadar pada juadah hidangan, tetapi bermula daripada kebersihan dan kecantikan diri kita sendiri. Jadikanlah Syawal tahun ini sebagai asbab untuk kita menghidupkan sunnah. Pakailah pakaian yang paling indah, gunakanlah wangian, rapikanlah rambut anda, dan tutuplah uban dengan pewarna atau inai yang diyakini halal dan sah solat agar sambutan hari raya kita diberkati oleh Allah SWT.

Dalam memilih pewarna rambut untuk menutup uban, umat Islam juga disarankan memastikan produk yang digunakan memenuhi syariat dan status halalnya jelas. Ketahui penjelasan lanjut mengenai status halal pewarna rambut Inai Republic dalam artikel kami.

    Comments are closed

    Pilih Warna

    Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

    Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
    Ash Brown

    Ash Brown

    Ash Grey

    Ash Grey

    Burgundy

    Burgundy

    Caramel Gold

    Caramel Gold

    Chocolate Brown

    Chocolate Brown

    Coco Black

    Coco Black

    Hazelnut

    Hazelnut

    Honey Brown

    Honey Brown

    Persian Red

    Persian Red

    Royal Chestnut

    Royal Chestnut

    Ringkasan Pesanan:

    Jumlah: RM 0

    Pilih Warna

    Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

    Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
    Ash Brown

    Ash Brown

    Ash Grey

    Ash Grey

    Burgundy

    Burgundy

    Caramel Gold

    Caramel Gold

    Chocolate Brown

    Chocolate Brown

    Coco Black

    Coco Black

    Hazelnut

    Hazelnut

    Honey Brown

    Honey Brown

    Persian Red

    Persian Red

    Royal Chestnut

    Royal Chestnut

    Ringkasan Pesanan:

    Jumlah: RM 0