RM0.00 0

Basket

No products in the cart.

New Product Arrival! Ash Edition (10 Hair Colour)

Kecantikan Adalah Ibadah

Kecantikan adalah ibadah apabila usaha menjaga penampilan diri dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Ibadah dalam Islam merangkumi pengabdian diri secara menyeluruh kepada Allah SWT melalui perkataan dan perbuatan, sama ada zahir mahupun batin. Oleh itu, setiap amalan harian, akhlak mulia serta usaha menjaga penampilan diri boleh bernilai ibadah apabila dilakukan demi memperoleh keredaan-Nya.

1. Menjaga Penampilan: Tuntutan Sunnah

Antara tanda kepatuhan kepada Rasulullah SAW adalah dengan menjaga kebersihan, kerapian, dan keindahan penampilan diri. Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa kelihatan elok dan meyenangkan pandangan masyarakat sekeliling.

2. Keindahan Pada Diri Para Nabi

Kecantikan dan ketampanan fizikal juga merupakan kurniaan yang diiktiraf syarak. Para nabi dianugerahkan keindahan rupa paras yang menyenangkan pandangan dan menautkan rasa kasih sayang sesama manusia.

Anas bin Malik RA menceritakan sifat keindahan rupa paras Rasulullah SAW:

  • “Rasulullah SAW adalah seorang yang sederhana ketinggiannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek serta berbadan tegap dan elok.”
  • “Wajah Baginda bercahaya berseri-seri, umpama cahaya bulan pada malam purnama.”

Begitu juga dengan ketampanan Nabi Yusuf AS yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya, sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran:

3. Hikmah Keindahan dan Syukur

Penganugerahan bentuk fizikal yang baik merupakan kehendak Allah SWT agar hamba-Nya sentiasa bersyukur. Wajah yang manis dan penampilan yang rapi bukan sahaja menyenangkan mata yang memandang, malah mengeratkan hubungan sesama manusia. Oleh itu, setiap kelebihan yang ada pada diri sewajarnya diiringi dengan niat ibadah dan rasa hamba.

Rasulullah SAW sentiasa menyukai keindahan zahir dan batin. Sebagai contoh, Baginda menyaran agar uban dihias dan dirawat dengan baik. Sewaktu pembukaan Kota Makkah, Abu Quhafah RA dibawakan kepada Nabi SAW dalam keadaan rambut dan janggutnya putih berseri.

4. Kecantikan Dalam Rumahtangga

Keindahan rupa juga memainkan peranan penting dalam membina rumahtangga yang harmonis. Islam mengharuskan bakal suami melihat wanita yang ingin dinikahi kerana wajah merupakan cerminan keindahan.

Pandangan yang menenangkan jiwa antara pasangan akan melahirkan ketenteraman (sakinah), kasih sayang (mawaddah), dan rahmat. Ia juga menjadi wadah ibadah untuk memelihara kehormatan diri bersama pasangan yang halal.

KESIMPULAN

Sempena menyambut kehadiran Hari Raya Aidiladha (Raya Haji) ini, marilah kita menyempurnakan pengabdian diri kepada Allah SWT. Indahkanlah diri kita bukan sahaja melalui penyucian hati dan niat, tetapi juga dengan penampilan luaran yang kemas, bersih, dan menyenangkan.

    Comments are closed

    Pilih Warna

    Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

    Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
    Ash Brown

    Ash Brown

    Ash Grey

    Ash Grey

    Burgundy

    Burgundy

    Caramel Gold

    Caramel Gold

    Chocolate Brown

    Chocolate Brown

    Coco Black

    Coco Black

    Hazelnut

    Hazelnut

    Honey Brown

    Honey Brown

    Persian Red

    Persian Red

    Royal Chestnut

    Royal Chestnut

    Ringkasan Pesanan:

    Jumlah: RM 0

    Pilih Warna

    Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

    Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
    Ash Brown

    Ash Brown

    Ash Grey

    Ash Grey

    Burgundy

    Burgundy

    Caramel Gold

    Caramel Gold

    Chocolate Brown

    Chocolate Brown

    Coco Black

    Coco Black

    Hazelnut

    Hazelnut

    Honey Brown

    Honey Brown

    Persian Red

    Persian Red

    Royal Chestnut

    Royal Chestnut

    Ringkasan Pesanan:

    Jumlah: RM 0