Konsep kecantikan dalam Islam menekankan keseimbangan antara penampilan yang kemas, kebersihan diri dan kepatuhan kepada syariat. Islam mengiktiraf bahawa keinginan untuk tampil cantik adalah fitrah manusia selagi tidak melampaui batas yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang menuruti jejak langkah Baginda hingga ke hari kiamat.
Islam adalah agama yang sangat meraikan fitrah manusia, termasuklah keinginan untuk tampil cantik, kemas, dan berhias, asalkan ia tidak melanggar batas-batas syarak.
Selain berfungsi sebagai penutup aurat, pakaian juga merupakan perhiasan kurniaan Allah SWT untuk menyerlahkan kecantikan manusia. Firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
(Surah al-A’raf: 26)
Keinginan untuk tampil cantik ini amat selari dengan sifat Allah SWT sendiri. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.”
(Riwayat Muslim: 147)
Islam menyediakan garis panduan yang jelas dalam bab kecantikan dan dandanan diri. Antara
saranan yang dianjurkan oleh syarak adalah:
Menghias jari-jemari dengan inai adalah satu sunnah dan perhiasan yang sangat digalakkan untuk golongan wanita bagi membezakan tangan mereka dengan kaum lelaki. Perkara ini jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:
أَوْمأتِ امرأةٌ من وراءِ سِترٍ بيَدِها كتابٌ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فقبَضَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَيَدَه، فقال: ما أدري أيَدُ رجُلٍ، أم يَدُ امرأةٍ؟ قالت: بل امرأةٌ، قال: لو كنتِ امرأةً لغيَّرتِ أظفارَكِ. يعني: بالحِنَّاءِ
Maksudnya: “Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir menunjukkan pada tangannya ada buku untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam tangannya seraya bersabda: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Bahkan perempuan”. Lalu Baginda bersabda: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya kamu akan mengubah kuku kamu (dengan inai).”
(Riwayat Abu Daud: 4166)
Kecantikan dalam Islam juga merangkumi aspek kebersihan dan kekemasan diri, termasuklah penjagaan rambut. Jika seseorang memilih untuk menyimpan rambut, dia dituntut untuk mengurusnya dengan baik. Abu Qatadah RA meriwayatkan bahawa:
كَانَتْ لَهُ جُمَّةٌ ضَخْمَةٌ، فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «فَأَمَرَهُ أَنْ يُحْسِنَ إِلَيْهَا، وَأَنْ يَتَرَجَّلَ كُلَّ يَوْمٍ
Maksudnya: Beliau mempunyai rambut yang tebal dan panjang, lalu beliau bertanya kepada Nabi SAW. Maka Nabi SAW menyuruhnya untuk memperelokkan rambutnya dengan menyikat dan merapikannya pada setiap hari.
(Riwayat al-Nasa’i: 5055)
Islam membenarkan wanita untuk berhias, namun dengan batasan agar tidak tabarruj (berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian ajnabi). Firman Allah SWT:
وَقُل لِّلمُؤمِنٰتِ يَغضُضنَ مِن أَبصٰرِهِنَّ وَيَحفَظنَ فُروجَهُنَّ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا ما ظَهَرَ مِنها ۖ
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…”
(Surah an-Nur: 31)
Menjelaskan frasa “kecuali yang biasa nampak daripadanya” dalam ayat di atas, tokoh tafsir
terkemuka, Ibn Abbas RA dalam riwayat yang disebutkan oleh Imam al-Tabari berpendapat:
والزينة الظاهرة: الوجه، وكحل العين، وخضاب الكفّ، والخاتم
Maksudnya: “Perhiasan yang zahir (yang dibenarkan untuk nampak) ialah; wajah, celak mata, inai di tapak tangan, dan cincin.”
Konsep kecantikan dalam Islam adalah sesuatu yang syumul (menyeluruh). Ia menggabungkan kecantikan luaran dengan kecantikan dalaman (taqwa dan akhlak). Bagi para wanita yang ingin berhias, menghiasi jari-jemari dengan inai dan menjaga mahkota wanita (rambut) dengan rapi adalah sangat selari dengan fitrah dan sunnah. Pastikan perhiasan dan alat solek yang digunakan adalah suci, halal serta menepati prinsip syariat agar kecantikan luaran sentiasa seiring dengan kecantikan dalaman dan mendapat keredaan Allah SWT.
Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu
Ash Brown
Ash Grey
Burgundy
Caramel Gold
Chocolate Brown
Coco Black
Hazelnut
Honey Brown
Persian Red
Royal Chestnut
Jumlah: RM 0
Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu
Ash Brown
Ash Grey
Burgundy
Caramel Gold
Chocolate Brown
Coco Black
Hazelnut
Honey Brown
Persian Red
Royal Chestnut
Jumlah: RM 0