RM0.00 0

Basket

No products in the basket.

New Product Arrival! Ash Edition (10 Hair Colour)

frequently asked question

Can’t find the answer you’re looking for? Reach out to our customer support.

Alhamdulillah bahan bahan dalam pewarna rambut ini adalah suci dan bersih. Kami telah menguji di makmal secara klinikal terbukti telus air Alhamdulillah boleh bawa solat.

Antara bahan yang ada dalam pewarna rambut ialah ekstrak inai, aloe vera, minyak zaitun dan bahan bahan semula jadi yang lain.

Pewarna rambut ini berasaskan inai, warna akan memudar apabila banyak kali di syampu. Warna tahan lebih kurang 3 bulan selepas pemakaian mengikut kekerapan basuhan rambut. Untuk warna yang tahan lama, anda disarankan untuk pakai semula selepas 3 hari.

1 botol pewarna rambut 200ml bergantung kepada kepanjangan dan ketebalan rambut. 1 botol sesuai untuk rambut paras bahu, rambut paras dada boleh ambil 2 botol dan rambut paras pinggang ambil 3 botol.

Kami cadangkan untuk tunggu sekurang-kurangnya 45 minit ke 1 jam, kemudian boleh bilas dengan air sahaja sehingga bersih. Kami cadangkan untuk pakai conditioner atau hair mask selama 10 minit bagi menambah kelembutan pada rambut selepas diwarnakan.

Jika pada pemakaian pertama masih ada lebihan, anda boleh lockkan dan simpan botol pewarna rambut di suhu bilik, botol yang telah dibuka boleh tahan sehingga 6 bulan.

Jika pada pemakaian pertama masih ada lebihan, anda boleh lockkan dan simpan botol pewarna rambut di suhu bilik, botol yang telah dibuka boleh tahan sehingga 6 bulan.

Pewarna rambut ini mempunyai aroma yang wangi iaitu bau Strawberry

Kanak-kanak 5 tahun ke atas boleh pakai pewarna rambut ini, pastikan lakukan patch test dulu sebelum pakai pewarna rambut.

Kami tidak sarankan kepada ibu mengandung untuk menggunakan pewarna rambut ini. Anda disarankan untuk menggunakan inai serbuk.

Ibu menyusu boleh sahaja menggunakan inai pewarna rambut, pastikan lakukan patch test terlebih dahulu untuk memastikan jika terdapat sebarang reaksi pada kulit. Jika tiada sebarang reaksi yang berlaku InsyaAllah boleh menggunakan pewarna rambut ini.

Selepas menggunakan inai pewarna rambut, elakkan mencuci rambut dengan syampu dalam tempoh 3 hari pertama. Ini bagi memastikan warna inai dapat meresap dengan baik dan tahan lebih lama. Selepas 3 hari, anda boleh mencuci rambut dengan syampu.

Botol sikat 200ml ada 8 warna dan botol tanpa sikat 300ml ada 2 warna

Untuk tutup uban ambil warna yang gelap iaitu coco black atau chocolate brown, 100% boleh tutup uban.

Warna Coco Black ada campuran 90% hitam dan 10% coklat, hasilnya akan kelihatan sedikit kecoklatan untuk mengelakkan khilaf memakai hitam sepenuhnya atau hitam pekat.

Warna yang terang anda boleh ambil Caramel Gold, hasilnya akan kelihatan keemasan sesuai untuk lelaki dan perempuan berkulit sawo matang.

Jika ada kulit sensitif, kami sarankan untuk lakukan patch test dulu sebelum pakai pewarna rambut untuk melihat jika ada sebarang reaksi pada kulit. Cara membuat patch test adalah dengan calit sedikit pewarna di bahagian belakang telinga atau di pergelangan tangan selama 45 minit ke 1 jam untuk melihat jika ada sebarang reaksi pada kulit.

Inai kuku dan inai celup menggunakan pewarna makanan yang berasaskan plant based untuk menaikkan lagi warna inai. Jika inginkan inai tanpa bahan campuran, boleh dapatkan inai serbuk 100% daun inai asli tanpa apa apa bahan tambahan.

Selamat kerana mendapat notifikasi KKM Malaysia, HSA Singapura dan MOH Brunei dan terbukti bebas bahan kimia berbahaya (lab tested).

Ya, kerana Inai Republic menggunakan pati inai asli yang berasaskan inai daun. Inai asli yang bersifat telap air memang akan memudar dari hari ke hari. Ini juga membuktikan bahawa inai itu sah wuduk dan bukan bersifat seperti cat kuku yang tidak memudar.

Disebabkan oleh pemakaian inai yang tidak mengikut tutorial yang disediakan. Kuku perlu dibersihkan dan di buffer terlebih dahulu agar segala kotoran atau minyak hilang. Selain itu, sapuan inai perlu ditambah 4 ke 5 lapis dan biarkan sekurang kurangnya 3 jam atau lebih baik semalaman. Inai perlu di peel off atau lap, tidak perlu basuh.

Bila bancuhan pati inai terlalu pekat, berus akan mengembang. Rendam berus di dalam air panas beberapa saat atau boleh titikkan 1 hingga 2 titik air panas ke dalam botol inai, biarkan seketika dan kacau rata. Pastikan tidak terlebih air panas untuk mengelakkan inai terlalu cair.

Inai susah untuk dipeel off kerana sapuan inai terlalu nipis pada kuku. Sapuan inai perlu ditambah 4 ke 5 lapis dan biarkan sekurang kurangnya 6 jam atau lebih baik semalaman supaya inai mudah dipeel off dan hasil yang lebih cantik.

Ini adalah kerana kuku mungkin tidak dibuffer dengan betul. Pastikan anda buffer lebih pada bahagian cuticles dengan menggunakan bahagian kasar (green side) pada buffer Inai Republic, sehingga tiada lagi hitam hitam pada bahagian bawah kuku.

Inai perlu dibiarkan semalaman supaya inai dapat meresap dengan baik ke dalam semua lapisan kuku atau rambut. Selain itu, warna inai akan lebih terang dan cantik yang mana akan melambatkan proses pemudaran.

Semua warna dalam produk Inai Kuku termasuk warna brown menggunakan pati inai daun asli (warna merah semulajadi). Jadi, hasil warna akan berbeza mengikut warna darah dan suhu badan masing masing.

Tiada expired date bagi produk produk Inai Republic yang belum dibuka. Pastikan inai disimpan di tempat bersuhu bilik dan tidak terdedah dengan cahaya matahari, tetapi sekiranya sudah dibuka, inai boleh tahan sehingga setahun.

Boleh tetapi tidak disarankan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seperti alergik, jangkitan dan lain lain.

Ya, anda boleh apply dua warna pada kuku anda sekaligus untuk menghasilkan effect ombre. Anda boleh mendapatkan Love Edition untuk hasil gabungan warna yang menarik.

  • Baby (5ml) lebih kurang 70 jari

  • Mommy (15ml) lebih kurang 200 jari

  • Love Edition (2x3ml) lebih kurang 80 jari (40 jari per botol)

  • Couple Edition lebih kurang 40 jari

Inai kuku perlu dipakai sekurang kurangnya 6 jam atau semalaman untuk kesan yang maksimum.

Ini akan bertahan selama seminggu dan akan mula memudar menjadi warna orangy, dari hari ke hari sehingga kuku tumbuh semula. Anda disarankan untuk top up selepas seminggu bagi mengekalkan warna yang cantik.

Untuk warna yang cantik, inai celup hanya perlu dipakai selama 15 30 minit. Elakkan pakai terlalu lama agar warna inai tidak menjadi kehitaman dan bagi mengelakkan kulit kering.

Inai celup cukup untuk 50 hingga 55 jari bagi setiap satu bekas.

Tidak sesuai kerana tekstur dan kuantiti Inai Celup tidak mencukupi untuk kegunaan di rambut. Anda disarankan untuk menggunakan Inai Serbuk.

Ia bergantung kepada jenis kulit seseorang dan cara penggunaan. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, ia mungkin akan menyebabkan inai bercapuk. Penggunaan cecair seperti hand sanitizer dan sabun yang berlebihan menjadi faktor kepada inai yang bercapuk.

Inai serbuk kecil cukup untuk banyak jari, lebih 230 jari dan ke atas.

Inai serbuk kecil (100g) cukup untuk rambut pendek paras leher atau boy cut. Inai serbuk besar (250g) cukup untuk rambut paras pinggang.

Warna inai tahan sehingga rambut baru tumbuh. Warna inai akan memudar apabila terlalu banyak kali disyampu. Untuk warna yang tahan lebih lama, anda disarankan untuk membancuh dan memakai dengan cara yang betul.

Boleh, tetapi anda disarankan untuk tidak syampu rambut selama 2 hingga 3 hari selepas pemakaian inai untuk dapatkan hasil warna yang cantik. Anda digalakkan untuk mencuci rambut dengan syampu sebelum memakai inai serbuk supaya minyak dan kotoran hilang bagi tujuan penyerapan yang maksimum.

Teh pekat, limau atau lemon dan minyak zaitun antara bahan bahan yang menaikkan lagi warna inai. Jadi, anda disarankan untuk membancuh Inai Serbuk dengan bahan bahan tersebut.

Tak boleh. Warna warna inai kuku telah ditetapkan iaitu merah, maroon dan pink bagi Leopard Edition dan brown, maroon dan black bagi Chocolate Edition.

Anda tidak digalakkan untuk membasuh tangan selepas menggunakan serum. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, biarkan serum meresap ke dalam kuku selama beberapa minit.

Setiap flavour serum mempunyai aroma yang berbeza. Walau bagaimanapun, fungsi bagi setiap serum masih sama.

The Trial Set perlu dibancuh sebelum digunakan, manakala Inai Kuku adalah bersifat ready to wear. Kesan inai pada The Trial Set lebih tahan lama berbanding Inai Kuku.

Love Edition adalah dua inai kuku moden pada satu botol. Anda boleh menghasilkan effect ombre dengan gabungan dua warna inai. Manakala, Couple Edition adalah gabungan inai kuku moden dan serum pada satu botol.

Pilih Warna

Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
Ash Brown

Ash Brown

Ash Grey

Ash Grey

Burgundy

Burgundy

Caramel Gold

Caramel Gold

Chocolate Brown

Chocolate Brown

Coco Black

Coco Black

Hazelnut

Hazelnut

Honey Brown

Honey Brown

Persian Red

Persian Red

Royal Chestnut

Royal Chestnut

Ringkasan Pesanan:

Jumlah: RM 0

Pilih Warna

Arahan : Anda boleh pilih lebih dari satu

Sila pilih sekurang-kurangnya satu warna!
Ash Brown

Ash Brown

Ash Grey

Ash Grey

Burgundy

Burgundy

Caramel Gold

Caramel Gold

Chocolate Brown

Chocolate Brown

Coco Black

Coco Black

Hazelnut

Hazelnut

Honey Brown

Honey Brown

Persian Red

Persian Red

Royal Chestnut

Royal Chestnut

Ringkasan Pesanan:

Jumlah: RM 0