RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

New Product Arrival! Treatment Henna Shampoo (5 Hair Colour)

 

We Are A Leading Brand In Malaysian Henna Industry

WELCOME SELAMAT DATANG USAHAWAN INAI REPUBLIC!

Kenapa Kami Tubuhkan Program Ini?

Program ini ditubuhkan untuk bantu ramai yang ingin mencari side income, yang dibuang kerja, yang kerja keras tapi gaji tetap sama, yang ingin bebas hutang, bantu suami dan anak-anak meningkatkan taraf hidup sehingga berjaya.

Inai Republic juga membantu anda mula buat jualan dan dapat side income hanya dengan menggunakan telefon pintar dari rumah sahaja. InsyaAllah.

Jenama Inai Republic dibawah syarikat Furaiha Legacy SDN BHD telah diasaskan oleh Puan Syarifah Furaiha, bekas pelajar perubatan Moscow, Russia dan Fakulti Perubatan Universiti al-Azhar, Cairo yang kini merupakan seorang suri rumah & usahawan sepenuh masa. Beliau membina syarikat ini bersama suaminya Ustaz Azam Azhary, berkelulusan B.A Fakulti Pengajian Islam Universiti al-Azhar, Cairo, sebagai Co-Founder, pengurus management dan training team Inai Republic.

Inai Republic mula ditubuhkan secara rasmi pada November 2019, setelah beberapa bulan mendapat permintaan yang tinggi di media sosial dikalangan pengikut(followers) pengasasnya Puan Syarifah Furaiha di Facebook dan Instagram. Memandangkan sebelum ini beliau pernah berkecimpung dalam perniagaan kosmetik dan skin care, dengan mengasaskan jenama FURAIHA, dan HEROINE, beliau memiliki lebih 130,000 pengikut di Facebook dan lebih 90,000 pengikut di Instagram dan 105,000 di Tiktok.

Bermula dengan hobi memakai inai merah dijari, dan menonjolkannya di media sosial, beliau kerap ditanya tentang tempat pembeliannya. Daripada menjual geli-geli, beliau mengambil keputusan untuk lebih serius membina jenama ini apabila melihat sambutan dan permintaan yang memberangsangkan.

Berpengkalan di Kuala Lumpur, Inai Republic membawakan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semulajadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah.   

Berbeza dengan inai-inai lain di pasaran, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dihasilkan dan dibancuh khas dengan ramuan bahan-bahan semulajadi seperti Olive Oil, Lavender Oil, Grapefruit Essential Oil dan banyak lagi, sebagai alternatif pewarna kuku(cutex) yang tidak sah dibawa solat. Kesan pemakaian adalah seawal 5 minit sahaja dan mempunyai 5 warna (merah, brown, pink, maroon dan hitam)

Memandangkan persepsi masyarakat kebiasaannya memandang aktiviti berinai sebagai satu tradisi kuno nenek moyang dan digunakan sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan sahaja, Inai Republic ingin memartabatkan tradisi hebat ini bersesuaian dengan peredaran zaman. Inai hakikatnya bukan sekadar tradisi dan sunnah Nabi, bahkan ianya juga berfungsi untuk merawat dan dijadikan sebagai petua kesihatan.

Justeru Inai Republic memperjuangkan tema ‘Inai Moden Yang Merawat’ (Modern Treatment Henna) dan mempunyai visi membudayakan inai ke seluruh Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama di zaman ini.

Bagaimanapun tujuan utama terbinanya Inai Republic ini adalah untuk membantu ramai orang menjana pendapatan dari rumah dengan menyebarkan kelebihan inai ini sama ada online atau offline. Disamping itu, Inai Republic mengusahakan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam terutamanya dikalangan wanita tentang sunnah, fadhilat dan manfaat berinai. Ianya berdasarkan hadis Nabi ﷺ:

Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aishah r.a, Ummul Mukminin:

“Seorang wanita memberi isyarat dengan menghulurkan tangannya dari sebalik tabir untuk memberitahu bahawa dia ada sepucuk surat untuk Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ menutup tangannya seraya berkata:  ‘Saya tidak kenal sama ada ini tangan lelaki atau tangan seorang perempuan.’

Wanita itu menjawab:  ‘Tidak, tangan wanita.’

Sabda Nabi ﷺ:  ‘Sekiranya kamu seorang wanita, pasti kamu akan mengubah warna jari kamu, yakni dengan menggunakan inai.’” (HR Abu Daud Nombor 4154 dan an-Nasaie, 8/142)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa inai adalah harus bagi kaum wanita kerana ianya adalah perhiasan yang membezakan antara lelaki dan wanita.

Menurut Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’:

Memakai inai di kedua tangan dan kaki bagi wanita yang telah berkahwin adalah sunnah(mustahabb) berdasarkan hadis-hadis yang masyhur. (al-Majmu’ Sharah Muhazzab: 1/294)

Sepanjang satu tahun penubuhan Inai Republic, alhamdulillah syarikat menyedari bahawa produk ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di tanah air dimana lebih 50,000 unit inai pelbagai jenis telah terjual yang mencecah jualan lebih RM 1,000,000 melalui sistem ejen stokis sahaja. Rentetan ini juga, kami mengambil peluang untuk membawa produk ini lebih jauh memandangkan misi Inai Republic untuk menjadi ‘Leading Brand’, Inai Moden No 1 di Malaysia.

Sehingga kini, Inai Republic yang berslogankan ‘Inai 5 Kali Lebih Merah’ dan ‘Inai Moden No 1 Malaysia’, telah mempunyai hampir 1000 ejen dan memasuki pasaran Semenanjung, Sabah Sarawak, Brunei, Singapura, dan Saudi.

INAIKAN SATU MALAYSIA!

BERJAYA BERSAMA INAI REPUBLIC!

KITA BANGSA INAI! #WeAreAmazing #InaiRepublicSquad

Modern Treatment Henna

5 X Lebih Merah

KKM Certified

Sah Solat & Tahan Lama

Anda Nak Jadi Agent Kami? Percuma!


SERTAI AGENT TANPA MODAL!

Worldwide Shipping

Best Quality

Best Offers

Secure Payments

Hello dear, need assistance?