New Product Arrival! Treatment Henna Shampoo (5 Hair Colour)
Cara kegunaan
Pilihan dibawah
Nail Serum
Buka penutup botol dan tegakkan serum ke bawah. Putar bahagian belakang serum ke kanan sehingga berus basah.
Sapukan berus pada kutikel dan kuku anda dengan rata.
Urut dengan lembut kuku anda dengan serum 3 ke 4 kali seminggu.
Couple Edition
Bersihkan tangan dan buffer kuku secara kasar untuk sapuan yang rata.
Sapu setebal mungkin 4 5 layer untuk hasil lebih menawan dan senang untuk peel off.
Biarkan kering semalaman. Peel off esok pagi, jangan basuh dengan air
Top up inai pada tempat yang kurang merah.
Buff licin (bahagian merah) untuk hasil lebih kilat dan cantik
Pakai nail serum untuk hasil lebih kilat dan merawat kuku.
Disarankan top up sapuan inai selepas lima hari.
Inai Celup
Bersihkan kuku dari kotoran dan minyak.
Buffer kuku untuk buang semua kotoran yang ada dan pastikan tangan anda bebas dari sebarang jenis cecair seperti lotion atau hand cream agar sapuan inai lebih rata dan meresap sepenuhnya.
Lekatkan sellotape / stiker inai celup mengikut paras ruas jari dan corak yang diingini.
Celupkan setiap jari sedalam satu ruas ke dalam inai celup. Anda tidak perlu celup berkali kali.
Setelah selesai celup semua jari, biarkan inai meresap selama 15 30 minit. Jangan terlalu lama kerana warna inai akan bertukar menjadi kehitaman.
Lapkan inai di jari dengan menggunakan tisu. Tidak perlu cuci menggunakan air.
Elakkan daripada aktiviti yang melibatkan air selama semalaman dan elakkan pemakaian sebarang jenis cecair seperti lotion atau hand cream bagi memastikan warna lebih pekat dan terang.
Ulang proses selepas 5 hari atau apabila warna memudar untuk mengekalkan warna yang 5 kali ganda lebih merah.
Inai Serbuk
Bancuhkan air teh pekat bersama sedikit inai serbuk.
Campurkan perahan air limau nipis atau lemon ke dalam bancuhan.
Untuk menaikkan warna inai, titiskan minyak zaitun atau minyak inai mengikut tahap kepekatan yang diinginkan. Lebih banyak titisan inai, lebih pekat warna inai
Kacau bancuhan sehingga sebati dan biarkan semalaman atau beberapa jam sebelum pakai inai untuk meningkatkan kepekatan inai. Simpan dan wrap bancuhan dalam peti sejuk semalaman untuk hasil yang maksimum.
Cuci tangan sehingga bersih dan pastikan buffer kuku dan buang semua kotoran bagi memastikan penyerapan inai lebih rata.
Kacau sebati semula adunan dan lekatkan inai setiap satu ruas jari. Pastikan setiap jari rata dengan inai agar hasil inai lebih sekata.
Balut setiap jari dengan kemas dan biarkan semalaman bagi mendapatkan warna yang lebih pekat dan terang.
Bersihkan jari menggunakan air dan elakkan basuh menggunakan sabun agar warna inai kekal lebih lama.
Inai ukir
Cuci tangan dengan bersih dan pastikan tangan bebas daripada sebarang jenis cecair seperti lotion atau hand cream sebelum memakai inai ukir agar inai meresap dengan lebih senang.
Buka jarum pada hujung muncung inai ukir. Tekan keluar sedikit inai bagi memastikan paste dalam keadaan yang baik. Jika paste terlalu cair, biarkan hujung inai terbuka dan anginkan inai ukir selama 15 30 minit.
Ukir corak di tangan mengikut citarasa sendiri.
Tunggu sehingga inai kering sepenuhnya dan boleh peel off
Untuk warna yang tahan lama, elakkan daripada aktiviti air dan pemakaian sebarang cecair seperti lotion dan hand cream
Setelah ukiran hilang sepenuhnya, anda boleh ukir semula corak mengikut citarasa sendiri.
The Trial set
Bersihkan kuku dari kotoran dan minyak.
Buffer kuku untuk buang semua kotoran dan untuk memastikan sapuan inai lebih rata pada permukaan kuku.
Masukkan serbuk inai ke dalam bekas.
Bancuh serbuk inai dengan sedikit air panas.
Kacau bancuhan inai dan pastikan ianya tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Gunakan nail separator untuk memudahkan anda menyapu inai pada kuku.