RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

New Product Arrival! Treatment Henna Shampoo (5 Hair Colour)

Corak Inai Simple Tangan Yang Anda Boleh Cuba

Anda tercari-cari corak inai simple di laman web Google? 

Sekarang ni, ramai yang lebih sukakan corak inai simple dan minimalis untuk majlis perkahwinan masing-masing.

Anda berada di tempat yang betul! Telusuri artikel ini untuk melihat corak-corak inai simple tangan yang menarik untuk hari istimewa anda. 

Selamat membaca!

Asal-usul Pemakaian Inai

asal usul inai

Pemakaian inai merupakan suatu tradisi penting turun-turun dalam masyarakat Melayu dan juga India di Malaysia. 

Jika kita telusuri sejarah, penggunaan inai diperkenalkan pada zaman pemerintahan Moghul di India. Ada juga pengkaji sejarah yang berpendapat ia berasal dari Mesir.

Inai ditanam secara komersial di negara-negara seperti India, Maghribi, Pakistan, Mesir, Iran, Afghanistan, Libya, Sudan, Somalia, dan Yaman. 

Kawasan untuk pertanian inai yang terbesar di dunia pada masa ini adalah Rajasthan di India yang mempunyai lebih 100 pemproses.

Dari segi bahasa pula, inai dikenali sebagai ‘mehendi’ dalam bahasa Hindi manakala ‘henna’ dalam bahasa Arab.

Pemakaian Inai Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

inai dalam kalangan masyarakat malaysia

Inai merupakan salah satu cara untuk mencantikkan diri atau untuk menghiasi diri. 

Inai sangat versatil kerana ia boleh dipakai sehari-hari, atau untuk acara khusus seperti pernikahan masyarakat India dan Melayu.

Dalam perkahwinan, telah menjadi satu adat tangan dan jari si pengantin perempuan diinai. Kesemua jari kaki dan tangan diinai merah dengan daun inai yang ditumbuk, digiling lumat. 

Setiap pelukis inai memiliki keunikan masing-masing dari segi corak yang mereka lukis dan juga cara membuat pes agar dapat menghasilkan warna merah atau coklat gelap. 

Bahan yang digunakan terdiri daripada bahan semula jadi seperti serbuk inai, air, serbuk teh, serbuk kopi, jus limau, gula, asam jawa, bunga cengkih, lada hitam dan sebagainya.

Walaubagaimanapun pada hari ini, corak inai simple bukan hanya khusus untuk pengantin sahaja malah setiap orang berpeluang untuk dilukis inai.

Malah corak inai simple ini turut diminati oleh bangsa lain khususnya Melayu, Cina, Arab dan pelancong dari Eropah.

10 Corak Inai Simple Minimalis Untuk Anda!

Banyak sebenarnya corak inai simple yang boleh anda cuba sendiri kerana ia sangat mudah. Tak perlu upah orang buatkan corak inai simple untuk anda dengan harga yang mahal pun!

Antara 10 corak inai simple dan minimalis yang paling latest: 

  • Corak Inai Simple Bunga Kerawang

corak inai simple

Corak inai simple bunga kerawang ni nampak sweet sangat kan? 

Nampak macam agak complicated tapi templat corak adalah sama, cuma anda perlu lukis di kawasan yang berbeza sahaja mengikut kreativiti masing-masing.

Saiz bunga-bunganya pun just nice dan tidak terlalu crowded. Boleh lah cuba corak inai simple yang ni untuk nampak ayu dan sweet.

  • Corak Inai Simple Pearl Rope

corak inai simple

Jika anda seorang yang sukakan corak berjaring  dan dihiasi dengan mutiara, corak inai simple ini sesuai dengan anda!

  • Corak Inai Simple Flower Lace

corak inai simple

Anda minat corak bertemakan English style? Cubalah corak inai simple ini.

Nampak seperti anda telah memakai glove gitu. Sweet sangat!

  • Corak Inai Simple Bunga Ros

corak inai simple

Bunga ros merupakan bunga kegemaran anda? Haa, ini dia corak minimalis yang anda boleh cuba sendiri.

  • Corak Inai Simple Ivy

corak inai simple

Corak ni sangat simple dan comel, sesuai untuk dipakai ketika musim lebaran. Kanak-kanak pun sesuai menggayakan corak ini.

  • Corak Inai Simple Lady Finger

corak inai simple

Bagi mereka yang tak suka corak yang penuh satu tangan, boleh cuba corak ini. 

Corak ini dilukis pada salah satu bahagian jari. Hasilnya tampak sangat unik!

  • Corak Inai Simple Lotus Sparkle

corak inai simple

Negara kita kan kaya dengan pelbagai jenis perayaan? Bagi mereka yang ingin mengunjung rakan-rakan yang menyambut Deepavali boleh cuba corak ini.

  • Corak Inai Simple Merah Hati

corak inai simple

Corak simple yang tampak moden ini anggun digayakan semua golongan sama ada yang dah berusia atau kanak-kanak.

  • Corak Inai Simple Bunga Raya

corak inai simple

Corak inai simple bunga raya ni tampak anggun kan? Boleh juga digayakan ketika menyambut Hari Kemerdekaan. Anda pasti tampak lebih terserlah!

  • Corak Inai Simple Tear Drops

corak inai simple

Corak yang paling simple dalam kesemua corak yang telah kami kompilasikan di sini. 

Sangat sesuai untuk beginner yang baru berjinak-jinak melukis inai sendiri. Cubalah kalau tak percaya!

Kesimpulannya, banyak betul rupa-rupanya corak inai simple dan ala-ala minimalis yang boleh anda cuba. 

Pilih sahaja corak mana yang sesuai mengikut keadaan atau pun event sama ada untuk perkahwinan atau saja-saja pakai.

Bukan sahaja hukumnya harus dan digalakkan pemakaiannya oleh Rasulullah SAW, memakai inai kuku halal juga dapat menaikkan seri wanita-wanita di luar sana. 

Sekiranya anda sedang mencari inai tangan yang moden dan halal, anda boleh dapatkannya daripada kami, Inai Republic Republic.

Inai Republic adalah inai moden NOMBOR #1 DI MALAYSIA. 

Kepakaran kami adalah membantu para wanita mendapatkan kuku yang merah, cantik dan sehat dalam hanya tempoh masa 5-10 minit!

Bukan itu sahaja, kami turut membantu suri-suri di rumah mencantikkan akaun bank sehinggalah menjadi jutawan dari rumah yang berjaya!

Jom cantik-cantik dan berbisnes secara mudah dengan Inai Republic!

    Comments are closed

    Hello dear, need assistance?