RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Corak Inai Tangan Yang Dibenarkan Dan Dilarang Dalam Islam

Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang tidak sabar untuk berhias dengan pelbagai corak inai tangan yang menarik bukan?

Di samping kita berseronok melaram di hari istimewa nanti, pastikan corak inai yang dipilih itu tidak melanggar hukum syarak.

Nak tahu corak dan pemakaian inai yang dibenarkan dan dilarang dalam Islam? Teruskan membaca!

 

Apa itu inai?

inai

Inai atau Lawsonia Inermis merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai daun yang boleh digunakan pada rambut, jari, dan kuku.

Inai juga terkenal dikalangan orang beragama Islam sebagai bahan untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ini kerana sifatnya yang telus air dengan membenarkan air untuk diserap di permukaan kulit dan kuku manusia ketika mengambil wuduk.

Selain itu, pokok inai mempunyai ranting yang banyak dan ia mendapat namanya daripada perkataan Arab iaitu ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Kini, inai boleh didapati di pasaran dengan pelbagai warna seperti merah, jingga, putih dan hitam.

Apa yang membuatkan daun inai ini memberikan warna?

Ini disebabkan oleh kandungan bahan pewarna yang dikenali sebagai glukosid dan asid henotanik. 

Asid henotanik pada daun inai ini yang membuatkan anggota tubuh yang disapu inai akan menjadi warna merah. 

Bukan itu sahaja, pokok inai juga boleh digunakan sebagai ubat-ubatan. Ia mampu untuk menyembuh luka dan kudis di sekeliling kuku anda.

 

Adakah Islam Membenarkan Pemakaian Inai?

pemakaian inai dalam islam

Kini, pemakaian inai bagi masyarakat di Malaysia, terutamanya kaum wanita, sudah menjadi satu kebiasaan. 

Lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak jenis produk yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk mewarna rambut, jari, dan kuku. 

Dengan ini pasti dapat menarik minat wanita untuk cuba memakai inai dan berhias. 

Namun, adakah pemakaian inai dibenarkan dalam agama Islam? 

Hal ini kerana setiap Muslim perlu pertimbangkan beberapa faktor seperti telus air ke anggota tubuh ketika berwuduk dan berhadas besar. 

Terdapat dua pendapat mengenai pemakaian inai berdasarkan Mazhab Syafie iaitu: 

1. Bagi perempuan sama ada masih bujang ataupun sudah bersuami, harus mengenakan inai atau sebarang pewarna pada kuku kecuali warna hitam.

2. Bagi perempuan yang sudah bersuami atau hamba perempuan, apabila mereka sudah mendapat keizinan daripada suami atau tuannya, harus mengenakan inai atau sebarang pewarna pada kuku walaupun warna hitam.

 

Apakah “Peraturan” Ketika Memakai Inai? 

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2016-1437H yang bersidang pada tahun 2016, hukum bagi  pemakaian inai bercorak mengikut syarak dengan sighah adalah seperti berikut :

  1.  Pemakaian inai bagi golongan wanita 
corak inai tangan wanita

Wanita yang sudah berkahwin atau bujang diharuskan memakai inai pada kedua tangan dan kaki. Tetapi pemakaian tersebut tidak boleh menimbulkan fitnah. 

Serta, pemakaian inai pada anggota badan yang disebutkan hanya boleh sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. 

  1. Warna inai yang digunakan 
warna inai

Warna yang digunakan tidak boleh bersifat kekal seperti tatu. Ia juga perlu dipastikan tidak mengandungi sebarang unsur najis yang memudaratkan.

  1.   Corak inai  

Berkaitan corak inai tangan dan ukiran yang dibenarkan pula adalah corak seperti dedaun dan tumbuh-tumbuhan sahaja. 

Manakala corak inai yang diharamkan ialah haiwan, lambang dewa, ajaran dan gambaran yang bertentangan dengan syarak.

  1. Pemakaian inai dalam kalangan lelaki

Seperti yang diterangkan sebelum ini, pemakaian inai bagi wanita adalah dibenarkan namun bagaimana pula bagi kaum lelaki?

Kaum lelaki tidak diharuskan untuk memakai atau mencorak inai pada kedua-dua tangan dan kaki melainkan bagi tujuan perubatan. 

Pengharaman ini telah disebut di dalam beberapa hadis, antaranya: 

    • Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yang diharamkan syara’. Nabi SAW bersabda:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (Sahih Bukhari)

    • Hadis dari Abu Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang menyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa dengan lelaki ini?” Para sahabat menjawab: “Dia menyerupai wanita” Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie’. (Hadis riwayat Abu Daud). 

    • Dalil daripada hadis di atas 

Daripada Ibnu Abbas, sabda Rasulullah: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” 

(Hadis Riwayat al-Bukhari, ad-Darimi, ibn Majah dan at-Tirmidzi)

Pengharaman ini adalah berdasarkan perkataan “laknat” yang terdapat di dalam Sahih Bukhari. Perkataan ini jelas menunjukkan perbuatan tersebut haram dan dilarang tegas oleh Allah. 

  1.  Pemakaian inai yang dibenarkan bagi kaum lelaki

Seperti yang dinyatakan di atas, pemakaian inai di tangan dan kaki bagi kalangan lelaki adalah bagi tujuan perubatan. 

Namun begitu, merujuk kepada Imam an-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’, berpendapat bahawa kaum lelaki hanya boleh memakai inai pada rambut mereka sahaja.

Perkara ini boleh dirujuk kepada hadis-hadis yang sahih seperti: 

Uthman bin Abdullah bin Mauhab berkata: Aku pernah menemui Ummu Salamah lalu dia mengeluarkan kepada kami beberapa helai rambut Rasulullah SAW yang telah diwarnai dengan inai.” 

(Hadis riwayat Bukhari 5447)

Kesimpulannya, pemakaian inai mestilah berdasarkan syarak yang telah ditetapkan oleh agama Islam. 

Buat anda yang suka memakai inai, anda perlu memastikan bahawa inai tersebut bebas daripada bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Untuk itu, anda boleh dapatkan inai yang diperbuat daripada bahan-bahan halal daripada Inai Republic!

Inai Republic membawakan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari bahan semulajadi tanpa bahan terlarang. 

Ia suci dan semestinya boleh untuk dibawa beribadah di samping selamat dipakai tanpa kesan sampingan. 

Bukan itu sahaja, ia juga dijamin tahan lama dan lima kali ganda lebih merah daripada inai biasa. 

Inai Republic juga menawarkan pelbagai warna dan jenis inai yang menarik seperti coklat, hitam, merah dan pink.

Anda juga boleh dapatkan Nailed-it Oil Serum dengan 3 wangian iaitu Strawberry, Cherry dan Peach untuk memastikan kuku anda kekal sihat dan berkilat. 

Selain itu, kami turut membantu suri-suri di rumah untuk menjana side income. 

Jika anda berminat, anda boleh layari ke laman web kami untuk mendapatkan inai dan sertai sebahagian daripada kami sekarang. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut. 

Klik untuk dapatkan inai yang sah solat, tahan lama dan disahkan oleh KKM sekarang!

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?