RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Hukum Memakai Inai dan Manfaatnya

Pemakaian inai kuku halal sudah menjadi suatu trend di kalangan rakyat di Malaysia. Perbuatan ini lebih popular terutamanya ketika musim perkhawinan.

Jika anda imbau kenangan lama sewaktu kecil-kecil dulu, mesti selalu menyibuk sekali nak pakai inai macam pengantin kan?

Sekarang, tak perlu susah-susah kita nak petik daun inai dan tumbuk sampai lumat. Boleh guna sahaja inai kuku halal yang terdapat di pasaran.

Jom baca artikel untuk tahu dengan lanjut!

Hukum Memakai Inai

hukum pakai inai

Pemakaian inai di kuku dan rambut semestinya telah lama serasi dalam masyarakat kita sejak zaman nenek moyang lagi. 

Namun, pernahkah anda terdetik tentang apakah hukum memakai inai? 

Terdapat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:  

“Seorang wanita telah menghulurkan tangannya daripada sebalik tirai, di mana pada tangannya tersebut terdapat tulisan, lalu perbuatannya dilihat oleh baginda Rasulullah SAW secara tidak sengaja, lantas Rasulullah menanyakan kepada wanita sambil memegang tangan si wanita berkenaan, adakah tangan empunya  ini tangan seorang lelaki atau tangan seorang wanita? Lalu wanita tersebut menjawab: Ini adalah tangan seorang wanita, Rasulullah menjawab jika ini adalah tangan seorang wanita maka sewajarnya kamu mengenakan inai pada jari jemari kamu…” (Hadis riwayat Abi Daud dan Nasa’ie)

Manakala Imam Syafie berpendapat bahawa hukum memakai inai atau sebarang pewarna kuku walaupun berwarna hitam adalah harus.

Hukum ini ditujukan kepada para wanita yang sudah bersuami atau hamba perempuan, apabila mereka sudah mendapat keizinan daripada suami atau tuannya.

Menurut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan pula memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita.

Wanita-wanita yang diharuskan memakai inai adalah sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.

Jadi, jelas di sini bahawa pemakaian inai kuku halal itu adalah harus dan dibolehkan di dalam Islam.

Manfaat Memakai Inai Kuku Halal

Jika anda belum tahu lagi, sebenarnya banyak manfaat inai kuku halal tau! Antaranya:

  • Merawat Masalah Kuku Cagu

Kuku bercagu atau jangkitan kulat pada kuku adalah masalah yang sering dihadapi oleh segelintir daripada kita.

Dengan memakai inai, ia dapat membasmi masalah ini malah menguatkan kuku-kuku anda!

Macam mana tu? Dalam daun inai, ada bahan anti-fungi yang dapat melawan bakteria-bakteria dan kulat pada kuku.

  • Inai Sihatkan Kuku

Seperti rambut, kuku kita terdiri daripada bahan protein yang dinamakan sebagai keratin.

Kuku kita ini juga memerlukan rawatan rapi seperti rambut dan juga kulit.

Solusi untuk rawatan rapi ini? Sudah semestinyalah inai kuku halal! 

  • Pewarna Kuku Semulajadi

Inai bukan sahaja boleh diwarnakan pada rambut, ia juga boleh menjadi pewarna kuku semulajadi.

Dalam daun inai ada terkandung pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik inilah yang memberikan rona merah yang cantik pada kuku anda!

Dengan inai kuku halal, anda boleh warnakan kuku secara natural tanpa bahan kimia.

  • Mengatasi Masalah Radang Sendi

Manfaat lain dalam inai kuku halal ni, ia juga boleh membantu anda mengatasi masalah radang sendi.

Menurut kajian saintifik, daun inai mengandungi bahan-bahan seperti fenolik, atsiri dan flavonoid.

Flavonoid berfungsi sebagai antioksidan natural yang mengubah hipoxantin kepada zantin. Ringkasnya, ia dapat meredakan radang sendi yang anda alami.

  • Mempercepatkan Proses Sembuh

Percayakah anda bahawa inai dapat melajukan proses untuk menyembuhkan luka kecil pada kulit? 

Dalam daun inai terdapat bahan-bahan antioksidan, anti-fungi dan anti-inflamasi yang membantu proses penyembuhan luka pada kulit.

Bukan itu sahaja, inai kuku halal mendatangkan kesan dingin pada kulit atau kuku anda dan dapat melegakan keradangan kerana ia menyerap haba panas yang berlebihan.

  • Melambatkan Proses Penuaan

Bagaimana inai kuku halal boleh melambatkan proses penuaan? 

Di dalam daun inai terkandung zat astringen dan antioksidan yang tinggi.

Bahan-bahan inilah yang meningkatkan ketegangan kulit  daripada terlalu meregang dan menjadi berkedut sebelum waktu sehingga dapat melambatkan proses penuaan.

Daun inai segar yang telah ditumbuk boleh dioleskan pada muka sebagai masker wajah atau pun boleh juga direbus daunnya untuk dijadikan air rebusan untuk diminum.

Kesimpulannya, banyak betul manfaat inai kuku halal untuk kita orang perempuan kan? 

Bukan sahaja hukumnya harus dan digalakkan pemakaiannya oleh Rasulullah SAW, memakai inai kuku halal juga dapat menaikkan seri wanita-wanita di luar sana. 

Sekiranya anda sedang mencari inai tangan yang moden dan halal, anda boleh dapatkannya daripada kami, Inai Republic Republic.

Inai Republic adalah inai moden NOMBOR #1 DI MALAYSIA. 

Kepakaran kami adalah membantu para wanita mendapatkan kuku yang merah, cantik dan sehat dalam hanya tempoh masa 5-10 minit!

Bukan itu sahaja, kami turut membantu suri-suri di rumah mencantikkan akaun bank sehinggalah menjadi jutawan dari rumah yang berjaya!

Jom cantik-cantik dan berbisnes secara mudah dengan Inai Republic!

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?