RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Inai Raya: Trend Popular Ketika Musim Raya

Pejam celik, pejam celik Hari Raya dah nak tiba! Mesti ramai  mencari inai raya bagi menyempurnakan lagi penampilan di hari lebaran. 

Lebih-lebih lagi bahang Aidilfitri 2022 pula dilihat luar biasa setelah dua tahun hari perayaan ini diraikan secara sederhana ekoran pandemik Covid-19. 

Oleh itu, pastikan anda sudah menyediakan semua kelengkapan termasuklah aksesori kecantikan diri seperti memakai inai pada pagi raya. 

Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips mengenai persiapan hari raya dan trend corak inai raya yang popular. 

Ikuti artikel ini sampai habis untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

 

Persiapan Menyambut Raya

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa tips persiapan raya yang anda perlu lakukan. 

Berikut merupakan tips persiapan raya: 

  1.  Pemilihan baju raya yang selesa
baju raya

Pemilihan baju raya merupakan persiapan raya yang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. 

Ini kerana anda perlu beratur panjang di butik-butik dan booth Raya demi mendapatkan baju raya idaman. 

Tapi, sebelum anda membeli baju raya, anda perlu memastikan baju tersebut selesa, sesuai dengan bentuk badan dan saiz di samping mencari corak dan cutting yang terletak elok pada tubuh. 

Ciri-ciri baju raya ini amat penting kerana anda boleh memakainya ketika sambutan raya, daily use dan majlis-majlis rasmi. 

Untuk itu, anda perlu kenalpasti jenis material yang sesuai dengan diri anda. Ini bertujuan supaya setiap baju yang dipakai memberi pergerakan yang maksimum.

  1.  Memakai Make Up
make up

Buat para wanita diluar sana, sudah pasti anda ingin tampil bergaya dan segar pada hari raya. 

Jadi, anda boleh memakai make up bagi menambahkan lagi seri pada wajah. 

Anda boleh menonton video tutorial pemakaian make up di Youtube, TikTok atau Instagram. 

Pastikan anda telah mencuba make up look tersebut untuk memastikan hari raya berjalan dengan lancar. 

Dan, jangan lupa untuk prep kulit wajah terlebih dahulu beberapa malam sebelum datangnya Syawal. 

Dengan ini, anda akan dapat tekstur kulit yang sangat lembut dan make up look yang on point!

  1.  Memakai Inai
inai raya

Memakai inai ketika musim perayaan sudah menjadi trend popular dalam kalangan para wanita. 

Baik pemakaian inai celup atau inai ukir, penampilan anda akan menjadi sedikit berbeza daripada hari-hari lain. 

Cuba bayangkan, anda memakai inai sambil mengenakan baju kurung pada hari raya. 

Wah, anda kelihatan sangat anggun! 

Ini disebabkan ukiran corak di tangan menambahkan lagi aura kejelitaan anda pada pagi raya. 

Selain itu, selain inai merah, pemakaian inai putih juga semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita di Malaysia. 

Namun perbezaan antara kedua-dua inai ini ialah inai merah dikatakan lebih tahan lama berbanding inai putih. 

  1.  Persediaan Baju
gosok baju

Setelah anda membeli baju raya, anda perlu lebih cakna akan cara penjagaannya seperti cara basuhan dan kaedah gosok yang betul.

Ini disebabkan setiap baju mempunyai jenis-jenis material yang memerlukan penjagaan khusus bagi memastikan ketahanan kualiti berpanjangan.

Baca dan fahami label pada setiap pakaian raya anda supaya tidak berlakunya “insiden” sebelum raya. 

Insiden seperti baju raya terbakar, mengecil, dan sebagainya dapat dielak jika anda mengikut cara penjagaan yang benar.

 

Corak Inai Raya Yang Sesuai

Kami akan kongsikan beberapa lukisan corak yang bersesuaian dengan tema hari raya. 

Jangan risau.

Lukisan corak inai ini tampak ringkas dan bersesuaian dengan hari raya. 

a) Bunga

Ukiran dan motif lingkaran bunga menjadi pilihan ramai wanita. Pemilihan corak ini tidak asing lagi kerana bunga amat sinonim dengan wanita. 

Contoh ukiran atau motif lingkaran bunga yang ringkas ialah bunga kerawang atau ros. 

Kedua-dua corak ini tidak nampak crowded tetapi cukup sempurna untuk tampil ayu pada sambutan hari raya. 

Untuk pemilihan corak secara keseluruhan, anda boleh memilih konsep minimalis ataupun sarat. Ia bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian jari anda. 

Di sini, kami akan berikan beberapa contoh ukiran inai berbentuk bunga untuk hari raya anda. 

inai bunga
inai bunga
inai bunga

b) Dedaun

Ukiran dan motif lakaran dedaun yang menjalar merupakan antara tarikan bagi wanita yang berjari runcing. Ini disebabkan ukiran ini kebiasaannya dibuat secara menegak. 

Berikut ialah contoh ukiran dedaun yang anda boleh cuba: 

inai daun
inai dedaun

c) Inai celup

Penggunaan inai celup sudah menjadi trend dalam kalangan anak-anak muda dan wanita. Inai ini sangat mudah dan cepat untuk dipakai.

Kini, pelbagai produk inai celup mempunyai ketahanan warna yang berpanjangan. Warnanya lebih pekat, tahan lama, dan diperbuat daripada bahan-bahan yang halal.

Kesimpulannya, persiapan hari raya seeloknya dilakukan beberapa minggu sebelum tibanya hari lebaran. 

Ini adalah untuk memastikan segala persiapan dapat disediakan dengan sempurna.

Untuk menambahkan lagi seri pada hari raya, anda boleh memakai inai daripada kami di INAI REPUBLIC

Ia sebagai penyeri dan pelengkap sambutan hari raya anda pada tahun ini. Selain itu, inai kami diperbuat daripada 100% bahan organik iaitu inai daun asli. 

Inai daun asli ini tidak dicampur dengan bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan si pemakai. Maka, anda boleh menunaikan solat meskipun inai ini masih ada di jari. 

Disebabkan inai ini diperbuat daripada bahan organik iaitu daun inai asli, warnanya adalah lebih merah dan tahan lama. 

Selain itu, produk inai kami ialah Instant Henna, yang bermaksud, ia dihasilkan khas bersama ramuan bahan-bahan semulajadi dimana ia memberi kesan seawal 5 minit. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan produk inai daripada kami di INAI REPUBLIC sekarang! 

Dapatkan Inai Raya Daripada Inai Republic Sekarang!

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?