RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Inai Republic tak halal? Betul ke?

Di antara hak wanita itu adalah berhias dan memakai perhiasan. Islam tidak melarang untuk mereka bercantik-cantik dengan syarat-syarat tertentu. Ini kerana fitrah seorang wanita itu sukakan kecantikan dan kekemasan.

Islam telah memberi ruang dan panduan bagi seorang wanita itu berhias. 

Firman Allah SWT:

‎قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?”

(Surah al-A’raf: 32)

Firman Allah Ta’ala lagi:

‎وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“dan janganlah mereka(wanita) menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak/zahir daripadanya.” (Surah an-Nur: 31)

Menurut Mujahid, Ibn Juraij dan Ibn Abbas r.a: 

Yang dimaksudkan dengan perhiasan zahir yang dibolehkan adalah pemakaian celak, inai ditangan dan cincin.

(Tafsir Ibn Jarir at-Tabari 19/157)

Sabda Nabi ﷺ:

Empat perkara yang menjadi sunnah para rasul adalah: 

Henna(inai), memakai wangian, siwak dan nikah. (HR at-Tirmizi) 

Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aishah r.a, Ummul Mukminin:

“Seorang wanita memberi isyarat dengan menghulurkan tangannya dari sebalik tabir untuk memberitahu bahawa dia ada sepucuk surat untuk Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ menutup tangannya seraya berkata:  ‘Saya tidak kenal sama ada ini tangan lelaki atau tangan seorang perempuan.’

Wanita itu menjawab:  ‘Tidak, tangan wanita.’

Sabda Nabi ﷺ:  ‘Sekiranya kamu seorang wanita, pasti kamu akan mengubah warna jari kamu, yakni dengan menggunakan inai.’” 

(HR Abu Daud Nombor 4154 dan an-Nasaie, 8/142)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa inai adalah harus bagi kaum wanita kerana ianya adalah perhiasan yang membezakan antara lelaki dan wanita.

Menurut Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’:

Memakai inai di kedua tangan dan kaki bagi wanita yang telah berkahwin adalah sunnah(mustahabb) berdasarkan hadis-hadis yang masyhur. (al-Majmu’ Sharah Muhazzab: 1/294)

Perkara ini dihuraikan panjang lebar dalam kitab: Istighnā’ Fi Ma’rifati Isti’māl al-Hinnā’  (Bekalan mencukupi dalam mengetahui hukum memakai inai karya al-Imam al-Hafiz Abu Musa al-Asbahani)

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia di Portal mereka:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Rujuk: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/11022

Soalan: Adakah sah wudhu jika memakai inai di jari dan kuku ?

Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu’ (1/467-468):

‎وَلَوْ بَقِيَ عَلَى الْيَدِ وَغَيْرِهَا أَثَرُ الْحِنَّاءِ وَلَوْنُهُ دُونَ عَيْنِهِ أَوْ أثر دُهْنٍ مَائِعٍ بِحَيْثُ يَمَسُّ الْمَاءُ بَشَرَةَ الْعُضْوِ وَيَجْرِي عَلَيْهَا لَكِنْ لَا يَثْبُتُ صَحَّتْ طَهَارَتُهُ

Maksudnya: “Sekiranya berbaki pada tangan kesan (warna) inai dan warnanya tanpa benda fizikal(jirim)nya, atau kesan minyak cair yang mana jika air boleh mengalir menyentuh kulit (air tidak terhalang)dan apabila dilalukan atas permukaan anggota itu, ianya tidak melekat; maka sahlah taharahnya.”

Dalam Hasyiah al-Syarwani atas Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, Syeikh al-Syarwani menyebut kesimpulan hukum daripada kitab al-Majmu dan Raudhah al-Talibin oleh Imam al-Nawawi:

‎وَلَوْ كَانَ عَلَى أَعْضَائِهِ أَثَرُ دُهْنٍ مَائِعٍ فَتَوَضَّأَ وَأَمَسَّ الْمَاءَ الْبَشَرَةَ وَجَرَى عَلَيْهَا وَلَمْ يَثْبُتْ صَحَّ وُضُوءُهُ؛ لِأَنَّ ثُبُوتَ الْمَاءِ لَيْسَ بِشَرْطٍ

Maksudnya: “Sekiranya pada anggotanya terdapat kesan minyak yang cair (tidak pejal) lalu dia berwudhuk kemudian air wudhuk itu sampai, menyentuh dan lalu di atas kawasan kulit anggota yang berminyak itu, dan ianya tidak melekat (kerana sifat minyak yang tidak bercampur dengan air), sah wudhuknya. Ini kerana melekatnya air bukanlah syarat sah wudhuk.”

Rujuk Hasyiah al-Syarwani `ala al-Tuhfah (1/187)

Dalam kitab Taqrirat al-Sadidah (hal.95) ,disebut bahawa antara syarat sah wudhu’ adalah anggota wudhu’ bersih dari sebarang sesuatu yang menghalang sampainya air ke kulit. Fakta ini dihuraikan sebagai hendaklah tiada jirim yang menghalang sampainya air kepada kulit.

Perkara ini turut berkait dan boleh dikiaskan dengan perbahasan Mufti Wilayah Persekutuan apabila mengeluarkan fatwa berkenaan dakwat kekal sewaktu mengundi di pilihan raya umum yang mana walaupun dakwat hitam itu kekal berhari-hari pada jari, namun wudhu tetap sah, rujuk:

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2402-al-kafi-741-adakah-indelible-ink-dakwat-kekal-dalam-pilihan-raya-umu-ke-14-telap-air

Ada beberapa persoalan yang mempertikaikan bahawa inai jari homemade tak boleh dipakai sebab pewarnanya tak telus air atau menghalang air dari kena jari.  Kesannya, wudhuk tidak sah.

Kami tidak boleh cakap bercakap tentang produk inai yang lain di pasaran, tetapi berkenaan produk Inai Republic, kami lebih tahu tentang produk kami dan kami ingin memberi sedikit pencerahan:

1.  Pertamanya, kami ingin meyakinkan customer kami bahawa produk kami telus air dan tidak menghalang air dari mengenai anggota badan. Tak perlu risau mengenai wuduk atau mandi hadas anda menjadi tidak sah.

2.  Pewarna yang kami gunakan bukan pewarna kekal seperti dakwat tatu. Ianya sekadar untuk enhance colour inai asli. Malahan, perwarna yang kami gunakan adalah PEWARNA MAKANAN yang tidak kekal, berasaskan tumbuhan, bahkan halal juga untuk dimakan.  Seperti pemakaian inai daun pokok tumbuk secara traditional, kita juga biasa menambah pewarna makanan serta bahan lain untuk memekatkan warna inai dan mencantikkannya serta bagi tahan lagi lama seperti ditambah arang, sirap, gula, lemon dll.

Samalah konsepnya dengan Inai Republic kami, cuma inai kami lebih praktikal dan senang dipakai berbanding penyediaan traditional yang memakan masa. Nak buat kek pun boleh, warnakan nasi seperti nasi kuning atau kerabu pun boleh, tapi pewarnanya sahajalah, bukan inai ya.

Sama macam kita gaul kunyit pada ikan dan warna kunyit melekat pada tangan dan kuku, masih sahaja kita boleh wudhuk.

3.  Bahan-bahan yang digunakan dalam inai kami tidak mengandungi cat atau apa-apa bahan yang boleh menghalang air dari mengenai anggota badan. Bahkan Inai Republic telah mendapat notifikasi dari 3 buah negara, KKM, HSA Singapore, MOH Brunei dan juga lab tested terbukti bebas bahan kimia berbahaya.

Buat pengetahuan semua, Inai Republic juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai INAI KUKU TERBAIK 2021 dari The World Best Brand Foundation, The BrandLaureatte.

Jadi, buat para pelanggan yang budiman, bolehlah guna inai dengan yakin tanpa was-was kerana paste inai kami menggunakan bahan natural dan premium yang menghasilkan warna yang cantik, ditambah pula minyak zaitun dan Grapefruit Essential Oil yang merawat kuku.

Dijamin tanpa sabun, kapur atau bahan yang berbahaya. Sebab itulah anda akan merasa sejuk apabila memakai inai kami.

4.  Customer Inai Republic tentu sudah biasa top up inai selepas beberapa hari. Paling lama pun selepas seminggu kerana inai yang asalnya merah pekat akan kembali pudar menjadi warna oren.

Itu membuktikan bahawa inai kami meresap dikuku dan bila sentiasa dilalukan air, akan menjadi pudar.

Yang biasa menggunakan produk kami sudah tentu perasan bahawa inai kami menjadi semakin pudar sedikit demi sedikit dengan berlalunya hari, berbeza dengan pewarna kuku bukan inai yang kekal tidak pudar. Begitu juga apabila anda membasuh jari anda, segala sisa-sisa inai yang telah kering terbasuh sekali bersama air. Ini bererti inai kami adalah telap air.

ADAKAH INAI REPUBLIC MERESAP KE DALAM KUKU?

Nak tahu waterproof atau tidak, jika tidak waterproof, bila kita kikis inai tersebut SEMUA warna tertanggal seperti pakai pewarna kuku.  Tapi dengan Inai Republic, warnanya masih stay meresap pada kuku walaupun setelah di peel off. Apa yang anda kikis itu adalah kuku & particlesnya yang dah pun meresap warna inai pada kuku.

Boleh tonton video bukti bahawa Inai Republic meresap ke dalam kuku walau setelah dikikis di pautan berikut:

https://youtube.com/watch?v=hJatosN7Glw%3Ffeature%3Doembed

Persoalan, ada pihak yang menyatakan bahawa sekiranya inai kering dan dikikis, ada sedikit serpihan jirim inai yang tertanggal, maka wudhu’ tidak sah. 

Dalam perkara ini, perlu kepada perincian dan diperhatikan 2 perkara:

1. Adakah yang tertanggal itu keseluruhan warna inai sehingga yang tinggal hanya warna kuku asal? 

2. Yang tertanggal hanya sedikit sahaja dan tidak menghilangkan warna inai pada kuku. Yang tertanggal itu adalah sebenarnya kuku kita yang dah pun menyerap warna inai.

Jika yang pertama, maka wudhu’ tidak sah kerana ianya adalah cat kuku (Mungkin ini yang dimaksudkannya). Tetapi jika yang kedua, ini bermakna yang tertanggal hanyalah bahagian lapisan yang perlu di peel off atau kikisan bahagian kuku sendiri yang telah menyerap inai. Ini juga berlaku pada pemakaian inai daun asli sekiranya anda mengikir kuku, akan terkeluar serpihan inai asli keorenan dari kuku sendiri. 

Sedikit bahagian yang tertanggal ini sebenarnya adalah adunan inai dan pewarna makanan yang telap air yang belum terserap. Oleh kerana kepekatan dan ketebalan pemakaian, sehingga ianya belum habis terserap ke dalam kuku, (kerana proses penyerapan inai mengambil masa lama) maka jika ia dikikis, ia mungkin akan terkeluar. 

Ini bukan bererti secara generalisasi semuanya yang terhakis tidak telap air kerana ianya bergantung kepada hakikat bahan yang terkeluar itu. Bahan yang kami gunakan adalah telap air. Kerana itu jika anda meletakkan tebal-tebal pewarna makanan pada jari atau kuku, ianya tetap boleh dikikis dan terkeluar. Tapi bukan bererti ianya menghalang air. 

Untuk lebih meyakinkan, Pihak Inai Republic dan team R&D telah pun membuat Water Permeability test (Ujian Ketelapan Air) dan ianya terbukti telap air, Alhamdulillah.

Boleh rujuk video berikut:

https://youtube.com/watch?v=MkdyspUoD1g%3Ffeature%3Doembed

Antara bukti lain adalah apabila anda memakai inai di kuku itu beberapa hari, warna akan betul-betul menyerap dan memudar secara asli, dan apabila anda mengikisnya pada hari keempat atau kelima, tiada lagi serpihan yang keluar. Menunjukkan inai telah menyerap sepenuhnya ke dalam kuku setelah mengambil tempoh yang lama. 

Semoga pencerahan ini dalam meyakinkan lagi semua pihak, kerana kami lebih tahu tentang produk kami, dan sentiasa memastikan ianya yakin digunakan oleh umat Islam.

Moga pencerahan ini juga dapat memberikan ilmu kepada semua peminat Inai Republic. Kami menganggap perkara ini sebagai satu amanah besar memandangkan ianya melibatkan sah atau tidak amal ibadah pengguna. Tentulah kami sentiasa bertanggungjawab memberi jaminan bahawa Inai Republic adalah sah wudhuk dan sah mandi hadas untuk semua orang. 

Sekian, terima kasih. 

YAKIN DENGAN INAI REPUBLIC

SAHNYA IBADAH ANDA, KEPRIHATINAN KAMI.

Ditulis oleh Ustaz Azam Azhary, Co-Founder Inai Republic,

Sarjana Muda Dirasat Islamiyah Universiti al-Azhar

6 APRIL 2021

www.inairepublic.com

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?