Wanita sering menitikberatkan penjagaan penampilan seperti muka, tangan, dan kuku. Jadi, tidak hairanlah jika mereka membuat rawatan kuku bagi tujuan kekemasan dan self-satisfaction.
Penjagaan kuku mencerminkan tahap keperibadian seseorang. Jadi, apakah salah satu alternatif penjagaan kuku?
Sebenarnya, inai mempunyai bahan semulajadi asid henotanik yang membantu untuk merawat kuku agar menjadi lebih sihat.
Tetapi, apakah kandungan inai yang membuatkan ia menjadi rawatan terbaik bagi kuku?
Jom baca artikel ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut!
Tahukah anda bahawa daun inai mengandungi kolagen?
Kandungan kolagen ini membuatkan terhasilnya warna merah keperangan secara semulajadi.
Disebabkan itu, ada wanita yang memakai inai pada kuku dan rambut. Ia membuatkan warna itu kelihatan kemas dan natural.
Sebagai seorang wanita, pasti ada sifat ingin tahu mengenai kuku sendiri. Ini termasuklah fungsi, warna sebenar dan juga panduan penjagaan kuku.
Jadi, jom kita kenali kuku agar kita lebih menjaga penampilan fizikal.
Fungsi utama kuku adalah untuk melindungi tisu lembut di sekeliling jari. Ini bertujuan untuk mengelakkan tisu lembut tersebut daripada luka.
Selain itu, kuku juga membantu untuk melindungi jari kita daripada dijangkiti kuman seperti virus dan bakteria.
Pembiakan kuman ini boleh menyebabkan luka pada seseorang individu menjadi lebih parah.
Fungsi kuku yang terakhir adalah ia mempunyai pembuluh darah. Ini membolehkan pengaliran darah pada bahagian kuku menjadi lebih teratur.
Disebabkan itu, kita boleh menggerakkan tangan, menggenggam serta melakukan aktiviti seharian dengan baik.
Penjagaan kuku adalah amat penting kerana ia boleh menjadi petanda bahawa kita mempunyai masalah kesihatan.
Secara dasarnya, warna kuku yang asli adalah berwarna merah jambu dek tisu yang berada pada lapisan bawah.
Jadi, sekiranya kuku anda bertukar warna menjadi kuning, pucat mahupun biru-kehitaman, seeloknya anda digalakkan untuk pergi berjumpa dengan doktor.
Yang terakhir sekali adalah tips penjagaan kuku yang perlu diketahui oleh orang awam.
Mari kita teliti tips di bawah ini:
Kandungan ini adalah amat baik untuk merawat kuku supaya bertambah sihat.
Berikut merupakan tips penjagaan kuku secara umum. Kami turut sertakan info-info lain seperti tips memotong kuku dan perkara yang perlu dielakkan.
Teruskan membaca!
Kuku mudah terkena jangkitan kuman seperti kulat dan juga cagu.
Jadi, pastikan anda ikuti tips ini bagi mengelakkan daripada terkena perkara yang tidak diingini.
Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kulat sekiranya plat terpisah daripada dasar kuku.
Hangnail adalah merujuk kepada cebisan kulit yang terkoyak daripada kulit kuku.
Ia bukan sahaja menyebabkan rasa ngilu, malah ia juga akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih cepat kerana permukaannya sudah terdedah pada udara.
Untuk itu, anda digalakkan untuk menggunakan pengetip kuku untuk “menanggalkan” kulit yang terkoyak itu.
Anda ingin tahu ciri-ciri kuku yang sihat? Jika ya, jom teliti ciri-ciri ini untuk maklumat lanjut.
Kesimpulannya, penjagaan dan rawatan kuku adalah amat penting bagi kalangan wanita. Ia juga melambangkan tahap kebersihan seseorang individu tersebut.
Buat anda yang ingin menambahkan seri pada kuku, anda boleh menggunakan inai daripada Inai Republic.
Warnanya yang pekat dan smooth texture menyebabkan ia kelihatan kemas kepada si pemakai.
Selain itu, inai ini juga boleh tahan lama dan tidak mudah tertinggal meskipun anda melakukan aktiviti harian.
Jadi, jom dapatkan inai daripada Inai Republic sekarang! Jangan lepaskan peluang ini.
You must be logged in to post a comment.