RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Serum Kuku: Penggunaan Supaya Jari Lebih Cantik

Kuku adalah struktur separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari manusia dan haiwan.

Bahan asas yang membentuk kuku adalah keratin, iaitu sejenis protein yang keras dimana boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit.

Tambahan pula, kuku mempunyai dua fungsi utama. Fungsi yang pertama ialah sebagai pelindung kepada hujung jari.

Fungsi yang kedua pula ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh walaupun ianya tiada saraf atau reseptor.

Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

Ramai di antara kita sering abaikan penjagaan kuku walaupun ianya adalah cerminan kesihatan tubuh seseorang.

Tahukah anda di bawah lapisan kuku kita terdapat pembuluh darah yang membuatkan kuku kita seakan kemerahan.

Warna kuku juga boleh berubah-ubah dan boleh menjadikan tanda seseorang itu sedang sihat atau sedang mengalami penyakit dan boleh kearah serius.

Jika kuku anda tidak kelihatan normal adalah lebih baik anda terus berjumpa dengan doktor untuk konsultasi sepenuhnya.

Dalam artikel ini kami juga akan kongsikan kepada anda serum kuku yang patut anda cuba.

Sebelum itu, mari baca tanda-tanda kuku anda tidak sihat:

  • Kuku berwarna putih

kuku berwarna putih

Sebenarnya kuku yang normal memiliki warna titik pada penghujung kuku, namun jika seluruh kuku berwarna putih.

Ianya mungkin petanda anda memiliki masalah jantung, diabetes, penyakit hati atau buah pinggang.

  • Kuku Pucat

Jika kuku anda berwarna pucat kemungkinan anda mengalami kurang darah atau anemia.

Akan tetapi jika kuku sudah bertukar menjadi pucat melampau, sebaik-baiknya anda berjumpa doctor kerana ianya juga petanda awal pada penyakit hati dan diabetes.

  • Kuku Mengelupas

kuku mengelupas

Jangan bimbang sekiranya kuku anda mengelupas kerana mungkin ia terjadi kerana terlalu kerap terkena air atau kesan penggunaan pewarna kuku.

  • Kuku Biru Kehitaman

kuku biru kehitaman

Jika kuku anda berwarna biru kehitaman, ia menggambarkan bahawa badan anda terdapat racun atau tidak mendapat cukup oksigen.

Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau mempunyai penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.

  • Kuku Kuning

kuku kuning

Masalah kuku yang berwarna kuning ini mungkin cenderung kepada petanda masalah bronchitis, selain kuku berwarna kuning tangan juga akan membengkak.

Tetapi, kuku akan berubah warna kuning jika usia sudah meningkat atau tua.

Serta boleh disebabkan tabiat buruk seperti merokok atau sering mewarnakan kuku.

Cara untuk merawat kuku tangan dengan elok tak semestinya ke salon.

Ada tips-tips yang boleh anda praktikkan sendiri di rumah agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

Kuku juga adalah aset penting seperti kulit dan rambut, jadi tidak boleh ambil mudah Ketika merawat kuku disamping menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Cara membersih dan menjaga kuku tangan dan kaki bukan sekadar cuci tangan menggunakan sabun atau memotongnya sahaja.

Artikel berkaitan:

Rawatan kuku

Cara merawat kuku tangan dan kaki

  • Potong kuku

potong kuku

Dinasihatkan untuk mengelakkan dari menyimpan dan memelihara kuku sehingga panjang.

Digalakkan untuk memotong kuku seminggu sekali agar kuku sentiasa kekal bersih dan sihat sepanjang hari.

Potong kuku dengan tertib dan mengikut cara sunnah.

  • Urutan kuku

urutan kuku

Jangan pelik ya, bukan badan sahaja perlu diurut tetapi kuku juga perlu dimanjakan.

Ini dapat melancarkan perjalanan darah sekaligus menjadikan kuku kelihatan sihat dan cantik.

Tambahan pula boleh menggunakan buffer khas yang terdapat dipasaran.

Boleh juga menyapu petroleum jelly dengan kerap atau digantikan dengan minyak kastor atau minyak zaitun.

  • Jangan gigit kuku

gigit kuku

Menggigit kuku adalah habit yang buruk. Benar, sesetengah orang memang susah hendak hentikannya.

Sila berhenti gigit kuku kerana ianya boleh terdedah dengan bakteria dan kuman serta boleh membuatkan kuku menjadi  mudah rapuh dan senang terkena jangkitan kulit.

  • Diet yang sihat

Amalkan cara pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan, itulah anda.

Jadi, anda kena ambil makanan yang mengandungi vitamin khas untuk kuku seperti vitamin B, biotin.

Selain kuku sihat dan cantik, badan juga boleh sihat juga.

Disamping makan makanan yang sihat, untuk lebih mudah beli sahaja makanan tambahan yang terdapat di pasaran yang berbentuk pil. Pastikan ubat yang tidak terlarang dan mendapt kelulusan.

Untuk memperbaiki kuku yang mudah patah, rosak dan rapuh. Anda memerlukan vitamin khas untuk kuku atau serum kuku.

Sebagai seorang Wanita semestinya anda mahu kelihatan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki kan?

Oleh itu, mesti anda juga kerap memakai kuteks di kuku atau mengecat kuku.

Penggunaan kuteks boleh menyebabkan kuku menjadi mudah kering, rapuh dan cepat menguning.

Hal ini kerana kuteks dapat menutupi pori-pori kuku sehinggakan kuku tidak boleh bernafas dan menyebabkan kurang oksigen.

Selain itu, bukan sahaja penggunaan pewarna kuku  akan menyebabkan kuku rosak.

Namun jika sering mencuci pinggan mangkuk, cuci pakaian pun boleh kepada kuku menjadi kering dan rapuh.

Oleh itu, sabun pencuci pun mainkan peranan dan pilih produk dan bahan yang sebaikknya.

Kesimpulannya, rawatan dan penjagaan kuku amat penting bagi kaum wanita dan lelaki.

Ia melambangkan tahap kebersihan seseorang individu.

Buat anda  yang ingin menambahkan seri pada kuku, anda bolehlah mencuba serum kuku daripada Inai Republic supaya kuku lebih cantik.

Selain dari serum kuku, Inai Republic juga mempunyai warna inai yang cantik-cantik.

Selain warna yang cantik dan pekat, teksturnya sangat lembut dan akan membuatkan si pemakai akan kelihatan kemas.

serum kuku

Sementara itu, inai ini juga boleh tahan lama dan tidak mudah tanggal meskipun anda melakukan aktiviti harian.

Jadi, jom dapatkan inai daripada Inai Republic sekarang!

Jangan lepaskan peluang ini untuk mencantikkan kuku anda.

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?