RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Inai kuku: Ketahui Perbezaannya dengan Inai Ukir

Dengan pelbagai jenis dan warna inai yang menarik di pasaran terkini, pastinya ramai yang mencari inai yang sesuai untuk dipakai.

Yang paling seronok tentang memakai inai ialah ia boleh dipakai bila-bila masa tak kiralah sama ada ketika ada event mahupun untuk hari-hari biasa. 

Dua jenis inai yang biasa digunakan sebagai perhiasan tangan ialah inai kuku dan inai ukir. 

Keduanya mempunyai tarikan tersendiri tetapi kali ini kami akan kongsikan apakah manfaat inai kuku dan apakah perbezaannya dengan inai ukir. 

Apakah Itu Inai dan Dari Mana Datangnya Inai? 

inai serbuk

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. 

Inai datangnya daripada sejenis pohon berbunga yang dinamakan Lawsonia inermis.

Dedaun pokok inilah yang menjadikan inai yang sering dipakai bukan sahaja di kuku malah di kulit, rambut dan sebagai pewarna kain.

Daun inai mengandungi bahan-bahan pewarna glukosid dan asid henotanik (bahan yang membuatkan kulit yang disapu inai menjadi warna merah). 

Kalau nak tahu, pokok inai mempunyai banyak ranting dan dari situlah ia mendapat nama iaitu daripada perkataan Arab ‘hina’ yang bermaksud ubat. 

Diikutkan sejarah, didakwa bahawa orang Mongol telah membawa inai ke India sekitar kurun ke-12 tetapi terdapat juga ahli sejarah yang mendakwa inai berasal dari India.

Terdapat juga bukti yang menjumpai penggunaan inai oleh masyarakat Mesir semasa proses menghasilkan mumia.

Mumia yang dijumpai ahli arkeologi dikatakan mempunyai kuku jari tangan dan kaki dalam keadaan disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Walaupun tiada satu jawapan yang tetap tentang dari mana datangnya inai namun berdasarkan penemuan-penemuan ini, ianya membuktikan satu perkara.

Inai digunakan sejak berkurun lamanya sampaikan ke kuku mumia pun ada inai.

Bukan itu sahaja, penemuan tersebut juga menunjukkan betapa meluasnya inai dipakai termasuklah di Malaysia. 

Sebelum kita tengok apa beza inai kuku dan inai ukir, jom kita tengok dulu apa manfaat penggunaan inai kuku!

Artikel berkait: 

Hukum Memakai Inai dan Manfaatnya

Apakah Manfaat Inai Kuku? 

inai kuku

Ramai yang menyangka inai kuku hanyalah bertujuan untuk berhias tetapi terdapat beberapa kelebihan dan manfaat yang boleh didapati dengan memakai inai kuku. 

  •  Menguatkan Kuku 

Jika kuku anda jenis yang cepat patah dan rapuh, inai kuku merupakan solusi yang terbaik untuk masalah ini. 

Sapukan satu lapisan inai yang tebal pada kuku anda, biarkan ianya kering dan kemudiannya buangkan lapisan inai tersebut. 

Mengapu inai pada kuku boleh membantu menguatkan dan menyihatkan kuku anda. 

Hal ini kerana inai mempunyai keratin iaitu sejenis protein berserat yang melindungi kuku anda daripada kerosakan. 

Jangan ingat keratin hanya ada pada rambut tetapi kuku juga memerlukan keratin tau! 

  •  Elakkan Jangkitan Kulat

Jangkitan kulat pada kuku atau lebih dikenali sebagai cagu kuku bukanlah sesuatu yang pelik tetapi ramai yang boleh mendapat jangkitan ini. 

Kuku senang dijangkiti bakteria yang boleh didapati dengan memegang pelbagai benda.

Jangkitan bakteria dan kulat ini boleh menjadi penyakit berjangkit dan menyebabkan kuku anda bertukar warna dan merekah. 

Disebabkan jangkitan kulat ini boleh membawa mudarat kepada kuku anda, anda perlu sentiasa melindungi kuku anda daripada terjangkit penyakit ini. 

Bagaimana?

Gunakanlah inai kuku kerana ianya bukan sahaja mempunyai bahan penyembuh malah boleh memberikan perlindungan kepada kuku anda daripada jangkitan kulat dan bakteria. 

Bukan itu sahaja, inai kuku mendatangkan kesan dingin pada kulit atau kuku yang memberikan kelegaan jika anda mempunyai keradangan kerana inai boleh menyerap haba panas berlebihan. 

  •  Meningkatkan Kualiti Kuku 

Bagi mereka yang menjalani kehidupan yang sibuk, kadang kesihatan kuku bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan.

Namun, kuku merupakan satu bahagian badan yang penting kerana ia boleh menunjukkan tahap kebersihan seseorang itu. 

Kuku terutamanya ruang di bawah kuku merupakan antara lokasi yang senang dijangkiti dan didiami oleh bakteria. 

Selain daripada memakai inai kuku, meminum air rendaman daun inai juga boleh meningkatkan kualiti kuku di mana ia mengelakkan kuku daripada retak dan kurangkan keradangan. 

Sapukan inai kuku secara terus ke atas kuku dan katil kuku iaitu bahagian pangkal kuku yang bertemu dengan kulit mempunyai beberapa manfaat.

Antaranya ialah ia mengelakkan iritasi, mengurangkan kesakitan (terutamanya jika ada kulit yang tercabut di katil kuku), dan mengurangkan jangkitan kuman. 

Sekarang anda dah tahu kelebihan inai kuku, apa pula perbezaan antara inai kuku dengan inai ukir? Teruskan membaca!

Baca juga: 

Corak Inai Simple Tangan Yang Anda Boleh Cuba

Perbezaan Inai Kuku dan Inai Ukir

inai ukir

Inai Kuku

Secara asasnya kedua-duanya adalah daripada pokok inai yang sama, tiada perbezaannya dari segi bahannya. 

Inai kuku yang diperbuat daripada daun pokok inai biasanya ditumbuk atau digiling hingga lumat dan dipakai pada kuku dan jari-jemari. 

Kalau gunakan daun inai secara terus, warna inai akan bergantung pada darah seseorang sama ada ia akan menjadi warna oren terang sehingga kemerah-merahan. 

Warna inai kuku menggunakan daun inai juga bergantung kepada tempoh pemakaiannya.

Ingat tak, zaman dulu sebelum adanya inai moden, orang dulu suka pakai inai dan bawa tidur sampai ke esok hari. 

Kalau malam berinai sebelum majlis perkahwinan, pengantin dan keluarga selalu buat macam ni juga, kan?

Tapi sekarang dengan adanya inai moden, ia memudahkan dan mempercepatkan pemakaian inai. 

Inai Ukir 

inai ukir

Inai ada banyak jenis iaitu jenis daun seperti yang dah diterangkan di atas, jenis serbuk, jenis tiub dan jenis kon. 

Secara dasarnya, kesemua jenis ini boleh digunakan sebagai inai kuku tetapi inai ukir, selalunya inai kon yang digunakan. Nak tahu kenapa?

Inai kon kebiasaannya terdiri daripada adunan inai yang dipek dalam tiub yang mempunyai bentuk kon dihujungnya. 

Hujung kon digunting halus untuk mengeluarkan inai diukir pada tangan dan anggota lain. 

Inai ukir kebiasaannya digunakan untuk mencorakkan tangan dan coraknya selalunya pelbagai saiz dan bentuk berdasarkan ukiran yang diingini. 

Jadinya, inai ukir memerlukan ketepatan dan kekemasan semasa proses mengukir. 

Sebab itulah, inai ukir lebih bagus menggunakan inai kon tetapi inai kuku boleh gunakan jenis-jenis inai yang lain.

Bolehkah guna inai tiub untuk mengukir? 

Boleh saja tetapi kebiasannya ianya tidak sekemas seperti menggunakan inai kon sebabnya mata tiub kebiasaannya lebih besar.

Jenis serbuk pula lebih sesuai untuk inai kuku kerana ia memerlukan serbuk inai untuk dibancuh dengan air. 

Jika pengukir inai seorang yang profesional, boleh saja letakkan inai serbuk yang telah dibancuh ke dalam plastik dan bentukkannya menjadi inai kon. 

Lepas tahu perkara ini, soalan yang paling utama yang pasti berada di dalam minda anda sekarang mestilah dekat mana nak dapat inai kuku yang cantik dan memberi manfaat yang baik seperti yang kami kongsikan tadi?

Jawapannya adalah di INAI REPUBLIC! 

Inai Republic diperbuat 100% daripada bahan organik iaitu inai daun yang asli dan tidak dicampur dengan bahan terlarang.

Inai yang diperbuat dengan daun asli ini warnanya lebih merah dan pekat, tetapi yang paling penting, lebih tahan lama!

Yang menariknya, inai kuku kami merupakan instant henna, maksudnya kesan pemakaian inai boleh dilihat dengan seawal 5 minit.

Tak perlu nak pakai seharian lagi macam orang dulu-dulu. 

Jadi, jangan tunggu lagi. 

Merahkan jari-jemari anda dengan inai kami di INAI REPUBLIC sekarang! 


Merahkan jari-jemari anda dengan inai kami di INAI REPUBLIC sekarang!

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?