RM0.00 0
Basket

No products in the basket.

Buy and Win Tickets to Langkawi!

Inai Ukir: Corak Bagaimana Yang Dibenarkan?

Pemakaian inai terbukti telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. 

Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang inai ukir seperti ada yang mengatakan ia merupakan ikutan daripada bangsa dan agama lain, tetapi inai ukir tetap dipakai oleh ramai wanita Islam.

Jadi, inai ukir ni sebenarnya apa hukumnya? Kalau boleh pakai, adakah corak inai yang dibenarkan atau dilarang?

Bagi ramai wanita yang ingin menggayakan inai ukir tak kiralah apa pun acara, perkahwinan atau saja-saja, pasti akan pernah terfikir persoalan ini.

Kali ini kami akan bantu anda mendapatkan jawapan yang anda dicari serta juga kongsikan kenapa inai ini dipakai sebenarnya? 

Mengapakah Inai Dipakai?

 inai ukir tangan Inai bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan tetapi juga mempunyai tujuan perubatan kerana inai mempunyai bahan-bahan yang membantu proses penyembuhan luka. 

Walaupun bila sebut inai kita fikir inai kuku atau inai ukir di tangan, tetapi inai boleh digunakan di pelbagai kawasan tubuh badan kita. 

Inai sebagai ubat boleh bantu atasi pelbagai masalah seperti mempercepat proses sembuh luka dan atasi masalah radang sendi. 

Daun inai mempunyai pelbagai bahan-bahan penyembuh seperti antioksidan, anti-fungi dan anti-inflamasi yang boleh bantu proses penyembuhan luka pada kulit. 

Kajian saintifik turut telah membuktikan bahawa inai mengandungi fenolik, atsiri dan flavonoid.

Flavonoid berfungsi sebagai antioksidan natural yang ubah hipoxantin kepada zantin iaitu satu proses yang boleh membantu meredakan radang sendi. 

Jadi jika anda ada luka di mana-mana kawasan tangan, bolehlah ukir inai untuk menyembuhkan luka itu dan pada yang sama menjadikannya perhiasan!

2-in-1 gitu! Tapi kena pastikan inai yang diukir itu tidak mempunyai bahan-bahan lain yang boleh memudaratkan luka seperti bahan-bahan kimia selain daripada bahan asli.

Artikel berkait: 

Corak Inai Tangan Yang Dibenarkan Dan Dilarang Dalam Islam

Apakah Hukum Memakai Inai Ukir?

inai ukir tangan

Seperti yang dinyatakan awal tadi, inai merupakan sejenis perhiasan yang halal dipakai bagi wanita terutamanya wanita Islam.

Terdapat pendapat tentang inai kuku sebagai salah satu perhiasan makanya jika dipakai oleh wanita Islam, ianya seperti memperlihatkan perhiasan selain daripada yang terzahir.

Namun, keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah harus bagi wanita.

Bukan itu sahaja, terdapat hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A. yang menyentuh soal keharusan memakai inai.

Hadis tersebut bermaksud:  

“Seorang wanita telah menghulurkan tangannya daripada sebalik tirai, di mana pada tangannya tersebut terdapat tulisan, lalu perbuatannya dilihat oleh baginda Rasulullah SAW secara tidak sengaja, lantas Rasulullah menanyakan kepada wanita sambil memegang tangan si wanita berkenaan, adakah tangan empunya  ini tangan seorang lelaki atau tangan seorang wanita? Lalu wanita tersebut menjawab: Ini adalah tangan seorang wanita, Rasulullah menjawab jika ini adalah tangan seorang wanita maka sewajarnya kamu mengenakan inai pada jari jemari kamu…” 

(Hadis riwayat Abi Daud dan Nasa’ie)

Pemakaian inai bukan sahaja menunjukkan bahawa Islam tidak melarang kaum wanita untuk menjaga kecantikan malah diharuskan untuk membezakan jantina masing-masing.

Bagi kaum lelaki pula, ianya tidak diharuskan untuk memakai atau mencorak inai pada kedua-dua tangan dan kaki melainkan bagi tujuan perubatan. 

Perkara ini lagi sekali ditegaskan dengan larangan menyerupai jantina yang bertentangan. 

Salah satu hadis yang menjurus terus tentang perkara ini ialah hadis dari Abu Hurairah yang bermaksud: 

“Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang menyerupai wanita; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa dengan lelaki ini?” Para sahabat menjawab: “Dia menyerupai wanita”. Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie’.”

(Hadis riwayat Abu Daud). 

Jadi, bagi wanita, memang boleh malah diharuskan tetapi apa pula hukum memakai inai ukir yang bercorak? 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan pemakaian inai bercorak perlulah mengikut syarak.

Tak kira jika anda sudah berkahwin atau masih bujang, selagi ia tidak menimbulkan fitnah, hukum memakai inai pada kedua tangan dan kaki adalah harus bagi wanita. 

Baca juga:

Hukum Memakai Inai dan Manfaatnya

Corak Inai Ukir Bagaimana yang Dibenarkan?

inai ukir tangan

Secara dasarnya, corak inai ukir yang dibenarkan adalah bertemakan flora iaitu dedaun, bunga-bunga ataupun tumbuh-tumbuhan sahaja. 

Corak yang diharamkan adalah haiwan, lambang dewa, ajaran dan gambaran yang bertentangan dengan syarak.

Had pemakaian inai ukir pada anggota badan pula hanyalah sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

Kalau anda fikir, ‘terhadnya corak yang dibenarkan’, jangan salah sangka kerana banyak ukiran cantik-cantik dan menarik dengan menggunakan corak yang dibenarkan. 

Contohnya corak bunga, antara corak lingkaran bunga yang ringkas yang anda boleh gunakan adalah bunga kerawang atau ros. 

Kedua-dua corak ini tidak nampak terlalu padat dan sarat apabila dipandang tetapi mencukupi untuk menaikkan seri tangan dan tampil ayu. 

Terpulang kepada anda untuk memenuhkan tangan anda dengan ukiran inai bermotif bunga ataupun menggayakan sekuntum bunga untuk mendapatkan konsep minimalis. 

Ukiran daun pula kebiasaannya merupakan tarikan bagi wanita yang berjari runcing kerana ukiran dedaun biasanya diukir secara menegak.

Tetapi, wanita berjari lebar juga boleh menggunakan corak dedaun menjalar untuk mendapatkan bayangan jemari yang runcing. 

Tak kiralah corak bagaimana pun yang anda inginkan, pastikan ianya tidak melanggar syarak dan yang paling penting, menggunakan inai yang tidak memudaratkan kuku dan kulit anda. 

Jika anda sedang mencari inai ukir yang tahan lama, halal dan tidak mengandungi bahan terlarang, anda tiba di tempat yang betul. 

Inai Republic memberikan anda inai yang diperbuat 100% daripada bahan organik di mana inai kami diperbuat daripada daun inai asli.

Tiada bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan kuku mahupun kulit anda dicampurkan dalam inai kami. 

Dengan menggunakan teknologi instant henna, inai kami memberikan kesan pemakaian inai seawal 5 minit selepas aplikasi. 

Anda tak perlu risau tentang kualiti produk kami sebab memang tip-top! 

Anda cuma fikir motif ukiran apa yang anda inginkan dan terus saja ukirkan pada tangan anda dengan Inai Republic!


Dapatkan Inai Ukir Terbaik di Inai Republic Sekarang!

    Leave a Reply
    Hello dear, need assistance?